Pelakon Datin Anne Ngasri kini sudah tujuh bulan hamil anak kelima.
Anne atau Nasriah Ngasri, 34, berkata dia dan suami, Datuk Mohd Sumali Reduan tidak merancang kehamilan itu namun gembira apabila diberitahu bakal menimang cahaya mata perempuan.
“Pada mulanya terkejut juga bila dapat tahu saya hamil kerana anak saya yang terakhir pun sudah masuk usia lima tahun.
“Pun begitu perasaan teruja itu ada terutamanya anak-anak kerana bakal dapat adik perempuan.
“Rasanya mungkin sekarang masa sesuai untuk timang anak lagi memandangkan empat anak saya yang lain sudah pun besar,” katanya kepada Gempak.
Anne ditemui di lokasi penggambaran filem Hero yang diadakan di Balai Bomba Pusat Jalan Hang Tuah di sini, Selasa.
Filem terbitan NS Star Sdn Bhd dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu menampilkan barisan pelakon seperti Hisyam Hamid, Mark Adam, Bell Ngasri, Syafiq Farhain, Elisha Sandha dan Datuk Jalaluddin Hassan.
Mengangkat kisah mengenai anggota bomba, filem itu dijangka menemui penonton pada tahun hadapan.
Bercerita mengenai pengalaman kehamilannya kali ini, Anne berkata, ia tidak banyak beza namun mengakui gemar makan ais krim sepanjang mengandung.
Tambahnya, kehamilan kali ini juga dia pertama kali merasai pengalaman minum air gula ketika melakukan pemeriksaan bagi memastikan paras gula dalam badan berada dalam keadaan stabil.
“Ya Allah! Seksanya nak telan air gula tu... Empat kali saya hamil sebelum ini belum pernah kena minum air itu.
“Ia pengalaman baru buat saya walaupun sudah empat kali bersalin. Mengidam itu tidak ada sangat cuma saya gemar makan ais krim,” jelasnya.
Mengenai perkembangan seni terbaharunya, Anne memberitahu dia hanya membantu kakaknya, pelakon dan penerbit Darling Ngasri dalam penerbitan filem Hero.
Syafiqah Jalal
Wed Oct 10 2018


Bintang Legenda, Julie Sudiro Meninggal Dunia Akibat Masalah Paru-Paru
Salam takziah buat keluarga...
_1.png?ext=.png)
Neelofa Preloved Koleksi Kasut Jenama Mewah; “Harga RM14,000, Tapi Nak Jual RM1,000 Je…”
Wow murah!

Trauma, Lelaki Saman Wanita RM10 Juta Sebab Kena Friend Zone
Alamak!

Lebih 300 Restoran & Hotel Ada Sijil Halal, Taiwan Lokasi Strategik Mesra Muslim! Eh Ayda Jebat Pula Dilantik...
Taiwan Lokasi Strategik Mesra Muslim!

Peluk Topi, Sebak… Yura Yunita Menangis Terkenang Mendiang Glenn Fredly, Antara Momen Menyentuh Hati Konsert Tutur Batin
Konsert Tutur Batin memang best!

Gabungan Dua Suara, Ezad Lazim & Salma Asia Tampil Lagu Duet Berjudul ‘Akira’ - “Cabaran Terbesar Adalah Setarakan…”
Mantap!
![[VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…” [VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/2019-flavettesglowingstar/ekin-punya-42_1.png?ext=.png)
[VIDEO] Mohon Maaf Pada Isteri, Azwan Kombos Mengaku Kahwin Lain & Ada Anak Luar Nikah - “Semua Itu Berlaku Dalam…”
Jangan macam-macam...

“Syamsul Adalah Aset, Saya Harap Dia Kembali Ke Skop Productions” - Yusof Haslam
Doakan terbaik

JURI TERKEJUT AMSYAR LEEE SI TANGKIS, ADA YANG TAK KENAL | Unmasked Singer
Semua juri tercengang bila Si Tangkis buka topeng. Ada juri yang tak kenal Amsyar Lee. Bakat unik buat semua kena scam! Korek sikit pengalaman Amsyar Leee dalam #UnmaskedSinger bersama Saiful Saaid. Saksikan The Masked Singer Malaysia musim ke-3 Jumaat, 9 malam di Astro Warna. Layari www.gempak.com/maskedsinger untuk berita & video menarik. Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box. PEK PREMIUM 1 WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 #TheMaskedSingerMalaysia #TheMaskedSingerMalaysiaMY #SiapaDisebalikTopeng

Fesyen Unik, ‘Spill The Tea’ Rossa & Kemunculan Kucing Viral Antara Momen Best Konsert Ada Apa Dengan Melly?
Memang best!