Bintang Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) Achey membuat sedikit kelainan memberikan wang nafkah kepada isterinya, Nor Hasanah dengan cara yang romantik.

Achey berkongsi perkara itu menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Video pendek tersebut merakamkan Achey membawa jambangan bunga kepada isterinya beserta mesej “To My Love: Nafkah”.

“Tak ada apa pun... hanya nak kongsi. Benda wajib kalau kita sulam dengan keindahan ianya akan buat kita bahagia menjalaninya.

“Isteri dipinjamkan Allah untuk kita di dunia… Dia hak Allah… Maka kita cuba sebaik mungkin jaga milik Allah ni,” tulisnya ringkas.

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung)


Dalam pada itu, video tersebut juga merakamkan reaksi isterinya sebaik sahaja menerima jambangan Bungan tersebut.

“Apa ni? Nafkah… Ya Allah B… Terima kasih banyak. Terima kasih B semoga dimurahkan lagi rezeki awak B. Alhamdullilah,” ucapnya.

Dalam perkembangan terbaharu, Achey kini bersama kumpulan Mashuk dalam MLS2.

MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.

Untuk perkembangan terkini MLS2, layari laman web rasmi Muzikal Lawak Superstar 2 DI SINI.

Untuk mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, KLIK DI SINI.

Untuk info: Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) kini kembali membuka tirai pada Jumaat selepas ditangguhkan untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakkan yang dilaksanakan buat kali kedua sebelum ini.