Bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak mencuri perhatian wargamaya apabila menjadi model bagi satu jenama kurta.

Menerusi laman sosial Facebook, halaman Viral Perak memuat naik empat keping foto Najib segak memperagakan koleksi kurta raya untuk tatapan umum.

“DS Najib kini bergelar model baju kurta.. Bukan bishee bishee,” tulis pengendali akaun berkenaan.



Malah, Najib menerusi akaun rasmi Facebooknya turut mengakui perkara itu.

“Ya, saya buat dua kerja. Sebab itu, saya kerap ke gym untuk keep fit. Saya setuju untuk membantu usahawan muda Malaysia yang tidak pernah henti menyokong saya.

“Saya tak rasa ada apa-apa salah untuk menolong sekali-sekala. Agama kita ajar saya saling bantu membantu. Bila kita masih mampu bantu, kita bantu saja bila diminta,” tulis beliau lagi menerusi ruangan kapsyen.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dan memberikan sokongan kepada Najib.



“Dato nampak hot sangat tau berkurta warna merah. Warna biru gelap tu pun lawa,” usik seorang wargamaya.

“Terbaik DSN! Kita membantu bukan kerana kepentingan dan keuntungan semata-mata tapi buat kebaikan ikhlas kerana Allah SWT,” kata seorang wargamaya.

“Masya-Allah comel baju ni. Saya nak order untuk keluarga saya,” ujar seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, pengakuan kurta Najib itu telah mendapat hampir 100,000 tanda suka,10,000 komen serta 5,000 perkongsian daripada warga Facebook.