Juri program realiti, Mas Idayu seolah-olah meluahkan isi hatinya terhadap kontroversi yang melanda dirinya minggu lalu.

Menurut Mas Idayu, dia tidak kisah atau takut dicerca sebaliknya berasa bimbang sekiranya dirinya tidak mahu lagi menegur.

“Mummy okay… Mummy happy. Mummy cuma nak beritahu dekat Ayda dan Fyna di pentas, Mummy sebenarnya tak kisah dan tak takut dicerca, dihina oleh orang luar.

“Tak kisah sama sekali! Yang Mummy takut adalah apabila Mummy hina dan mencerca orang. Mummy juga tak takut untuk marah, menegur, membentak awak di atas pentas.

“Yang Mummy takut adalah apabila Mummy tidak lagi mahu menegur,” luahnya.

Mas Idayu berkata demikian selepas dipujuk oleh pasangan adik-beradik, Ayda Jebat dan Fyna Jebat untuk memberikan komen atas persembahan mereka malam tadi.

Terdahulu, Mas Idayu pada mulanya seakan merajuk
apabila enggan memberikan sebarang komen selepas persembahan pembukaan pasangan adik-beradik, Siti Saidah dan Siti Sairah.

Perkara itu juga telah dimaklumkan oleh Ajai usai persembahan Saidah dan Sairah.

“Saya mewakili Mas Idayu ingin memaklumkan bahawa dia tidak akan memberikan sebarang komen malam ini.

“Sebab dia takut komennya disalah anggap atau pun disalah tafsirkan. Tapi saya hormat keputusannya,” jelas Ajai.

Bagaimanapun Mas Idayu kemudiannya lembut hati selepas diminta oleh setiap peserta untuk memberikan komen.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.