Gegar Vaganza 7
Yantzen Semakin Sihat.. -"Tekanan Darah Agak Tinggi Semalam, Minggu Ini Saya Akan Nyanyikan Lagu..."
Bintang Gegar Vaganza (GV) 7, Yantzen mengakui kecewa kerana tidak dapat meneruskan persembahnnya pada minggu ketiga yang berlangsung semalam (Ahad).
Pengurus Yantzen, Aalan Ahmad berkata, Yantzen berada dalam keadaan baik cuma masih bersedih kerana mengecewakan para peminatnya di GV7.
Ditanya mengenai apa yang berlaku pada malam semalam, Aalan berkata Yatzen mahu meneruskan persembahan walaupun mengalami sakit kepala yang teruk.
“Yantzen tiba-tiba mengalami sakit kepala yang teruk tetapi tetap mahu meneruskan persembahannya malam tadi.
“Namun disebabkan beberapa faktor dan risiko, pihak produksi memutuskan untuk merehatkan Yantzen.
“Yantzen amat kecewa sebab tak dapat buat persembahan semalam. Dia sudah cukup bersedia dan bersemangat untuk meneruskan tugasan dengan lagu ‘Malam Ini Kita Punya’.
“Tetapi atas nasihat pihak Astro supaya tak meneruskan persembahan, kami akur,” katanya ketika dihubungi Gempak.
*Yantzen bersama pengurusnya, Aalan Ahmad*
Ditanya mengenai perkembangan kesihatan Yantzen, Aalan berkata penyanyi tersebut kini dalam proses penyembuhan.
“Alhamdulillah…Yantzen dalam proses recovery. Sedang berehat. Semalam check high blood pressure agak tinggi.
“Terima kasih kepada yang mendoakan Yantzen dan teruskanlah berdoa agar dia dapat meneruskan persembahan pada Ahad ini,” ujarnya.
Bagaimanapun kata Alan, pihaknya agak kesal apabila ada sesetengah yang menyalahkan Yantzen kerana tidak disingkirkan sehingga muncul spekulasi penyanyi Insan itu sengaja disimpan oleh pihak produksi.
“Mengenai ada penyingkiran atau keputusan tersebut dari pihak Astro, kami hanya berserah. Tak adil jika netizen mahu menyalahkan Yantzen, kerana semua itu di luar bidang kuasa kami,” katanya.
Pada minggu keempat bertemakan ‘Lagu-Lagu Berhantu’, Yantzen akan menyanyikan lagu ‘Segalanya Ku Terima’, lagu asal kumpulan Illusi.
“Semoga pada minggu ini Yantzen boleh membuat persembahan dengan baik, menebus kekecewaan para peminatnya pada minggu lalu,” katanya.
Tiada penyingkiran diumumkan pada minggu bertemakan ‘Cobaan’ dan kesemua 13 peserta layak mara ke pusingan seterusnya.
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV7 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Datuk Khatijah Ibrahim sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.
Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan GV7 bermula 11 Oktober 2020.
Must-Watch Video