Laman Utama
Yatt Hamzah Gelabah Anak Jatuh Terkoyak Dahi - "Benda Nak Jadi, Kejap Lagi Gelak Baliklah Tu"
Pelakon Yatt Hamzah sekali lagi berdepan detik cemas apabila anak ketiganya, Suci Hayfa Medina, 3, terjatuh hingga berdarah pada bahagian dahi.
Kongsi Yatt, 40, kejadian berlaku ketika mereka sekeluarga sedang bersiap untuk makan malam bersama-sama.
"Baru nak dinner, terus terbantut bila Iqlima menjerit kuat menangis-nangis bagitahu adiknya Medina jatuh berdarah banyak kat dahi.
Advertisement
"Macam nilah gelagat anak-anak bonda especially Medina. Memang sedang buas, ada je aktivitinya.
"Benda dah nak jadi.. Mohon semua doakan Medina lekas sembuh. Insya-Allah dia kuat, kejap lagi dia gelak baliklah tu," katanya.
Susulan insiden berkenaan, Yatt membawa anaknya itu ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
"Bonda nak bawa ke klinik. Sesiapa oiler Young Living area Seremban please dm bonda ya. Nak cari kot ada stok Lavender dah hilang anak-anak pergi sorok! Tukang sorok yang sedang berdarah-darah ni," ujarnya.
BACA: "Baru 3 Bulan Dah 3 Kali Jatuh Katil" - Yatt Hamzah Risau Keadaan Anak Bongsu Lebam Muka & Kepala
Insiden itu mendapat perhatian pengikut Yatt yang berkongsi pelbagai tips untuk membantu mengurangkan kesakitan dan menyembuhkan tempat luka.
Rata-ratanya juga mendoakan agar Medina segera pulih dan menasihati Yatt agar sentiasa mengawasi perlakuan anak-anaknya.
Yatt dan suami, Zulfadhli Khiruddin telah mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3, dan Suci Hawa Zulaikha yang kini berusia setahun.
Pada Julai lalu, Yatt selamat melahirkan cahaya mata bongsunya, Sayf Mohammed Zubayr.
Sebelum ini, Yatt turut mempunyai seorang anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Must-Watch Video