Laman Utama

“Yeay! Dah Tak Lapar Tengah Malam” - Netizen Bersyukur Kerajaan Lanjutkan Tempoh Operasi Kedai Makan & Serbaneka

gempak
Hanafis Haris
10/09/2020
08:41 MYT
Sponsor Banner
“Yeay! Dah Tak Lapar Tengah Malam” - Netizen Bersyukur Kerajaan Lanjutkan Tempoh Operasi Kedai Makan & Serbaneka

Selepas ditetapkan hanya dibuka hingga 12 tengah malam, kerajaan hari ini bersetuju melanjutkan tempoh operasi buat kedai makan dan kedai serbaneka.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu posting di Twitter Majlis Keselamatan Negara.

“Kerajaan setuju operasi perniagaan seperti kedai makan, kedai serbaneka untuk dilanjutkan sehingga 2 pagi berbanding hanya 12 tengah malam yang ditetapkan sebelum ini,” katanya.

Rata-rata netizen dilihat gembira dengan pengumuman berkenaan memandangkan tempoh perniagaan sesebuah kedai makan agak terhad.

Walaubagaimanapun tidak kurang juga yang meminta supaya perlaksanaan itu dikaji semula memandangan kes COVID-19 di negara ini semakin meningkat.

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah.

Untuk makluman, arahan untuk kedai makan dan serbaneka beroperasi sehingga jam 12 tengah malam itu adalah sebahagian daripada langkah yang diperkenalkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live