Berita

YonnA SNSD Buka Saluran YouTube, Video Pertama Ditonton Lebih 100 Ribu Kali

Maliah Surip
29/11/2020
02:30 MYT
Salah seorang anggota kumpulan Girls' Generation, YonnA mengumumkan sudah memiliki saluran YouTube peribadinya.
Saluran YouTube yang diberi nama YoonA's So Wonderful Day itu pertama kali bersiaran pada 27 November 2020 lalu.
Si cantik ini memuat naik sebuah video berdurasi lima minit 59 saat yang diisi dengan informasi kegiatan yang dilakukannya sekarang termasuk dirinya yang sibuk di lokasi penggambaran drama Hush dan filem The Miracle.
YoonA juga memberitahu alasan di sebalik keputusan dirinya memiliki saluran YouTube sendiri.
"Saya berfikir bagus juga untuk memiliki saluran YouTube sendiri selain daripada Instagram.
"Jadi saya suarakan kepada SM Entertainment untuk mempunyai saluran YouTube sendiri supaya boleh menunjukkan perkembangan terkini karier saya kepada peminat yang berbeza dengan pengisian di Instagram," kata YoonA.
Malah video pertama yang dimuat naik YoonA kini sudah ditonton lebih 100 ribu kali oleh para peminat.
Dalam video yang sama, selain berbicara mengenai karier dan aktivitinya memilih warna yang sesuai untuk diletakkan di akaun Instagramnya, YoonA juga bercerita mengapa dia menggunakan nama YoonA's So Wonderful Day untuk saluran YouTubenya.
"Nama YoonA's So Wonderful Day diambil bersempena dengan nama grup peminat kami, SONE," jelas perempuan berusia 30 tahun ini.
Sebelumnya pada 13 November, agensi juga mengumumkan YoonA memiliki akaun Instagram rasminya sendiri.
Kredit Foto: Soompi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dah Lama Tak Dilihat Bersama, Cupcake Aisyah Buka Mulut Mengenai Nana - “Saya Hormat Keputusannya…”

gempak
06/07/2024
23:55 MYT
Youtuber dan pelakon, Nur Aisyah Muhammad Razip atau Cupcake Aisyah akhirnya berbicara mengenai kisah sebenar yang berlaku antara dia dan sepupunya, Nana.
Viral

Tempatkan Lelaki & Perempuan Dalam Satu Rumah, Kandungan YouTuber Ini Diselar Netizen

gempak
17/05/2024
06:55 MYT
Sebuah video di satu saluran YouTube mengundang pertanyaan ramai apabila kandungan yang dibuat memperlihatkan beberapa orang lelaki dan perempuan bersekedudukan dalam satu rumah selama 77 hari. Bagaimanapun, apa yang memisahkan antara lelaki dan perempuan di dalam rumah berkenaan hanyalah satu dinding mudah alih yang disediakan dan digunakan ha
Hiburan

Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"

gempak
05/05/2024
09:55 MYT
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
Terkini

Saluran Youtube MONSTA Digodam Syarikat Crypto – “Pasukan Kami Sedang Giat Meneruskan Siasatan”

gempak
16/04/2024
06:30 MYT
Saluran YouTube animasi Monsta yang memiliki lebih 13.5 juta pelanggan (subscribers) telah menjadi mangsa jenayah siber.
Laman Utama

PU Lokman Terkejut Lagu Haruman Terindah Viral - "Ia Satu Usaha Dakwah Dalam Hiburan"

gempak
08/09/2023
04:56 MYT
Jaja Ishak, penerbit Haruman Terindah optimis untuk mencari bakat baharu.