Skip to main content

Viral

Yonnyboii Lancar Album ‘YONNY (DELUXE VERSION)’ – “Ada Yang Pelik Saya Berani Keluar Album Masa Pandemik…”

yonnyboii-deluxe-version.jpg

Selepas melancarkan album mini hujung tahu lalu, penyanyi lagu Sakit, Yonnyboii melancarkan album penuh berjudul Yonny (Deluxe Version), hari ini.

Album tersebut menghimpunkan sembilan karya dari album mini terdahulu selain dua lagu baharu sebagai trek bonus, iaitu Tak Sangka dan Angel.

Ditanya mengenai keberanian tampil dengan album di era pandemik COVID-19, Yonny berkata ia bukan sesuatu yang pelik.

“Sebenarnya saya sendiri tak sangka dapat melancarkan album mini dan seterusnya album penuh pada era pandemik.

“Bagi saya ia bukan sesuatu yang pelik pun, malah  di  saat  ini  muzik  kekal  jadi  terapi  buat  kita semua. Ramai yang terus mendengar muzik, selain menonton pelbagai medium hiburan.

"Saya tak kisah melawan arus. Jika ada artis yang berkira kira nak lancarkan album, kenapa tidak saya melakukannya. Saya selesa mencabar diri melawan arus kebiasaan.

“Selama ini pun saya  sering  dilihat  'unik'.  Sekurang  kurangnya  saya  ada  kenangan  melancarkan  album  pada waktu sebegini," katanya.

Tambah Yonny, biarpun perlu menunggu tiga tahun untuk muncul dengan album penuh, itu tidak pernah melunturkan semangatnya.

"Saya percaya  penantian  itu  sangat  berbaloi.  Tak  perlu  tergesa  gesa.  Andai  tiba  waktunya, pasti  kesempatan  itu  akan  'mendarat'.

“Jujur  sejak awalan  fasa pembabitan  seni  lagi, saya mendambakan album penuh. Tapi saya ikut saja peredaran masa dan kesesuaian yang mana lagu single demi single dilancarkan,” katanya.

Dalam pada itu, Yonny turut menyatakan hasrat untuk muncul dengan sebuah konsert berskala besar.

“Kerinduan nak buat persembahan dengan khayalak ramai hingga kini terus membuak buak. Tapi semua itu masih samar dengan keadaan kes harian COVID-19 yang turun naik.

“Jadi saya kini merapatkan   diri   dengan   komuniti   atau   peminat   muzik   dengan menghasilkan kandungan kreatif dalam laman sosial.

“Saya kena anggap rakam persembahan di rumah atau secara virtual seperti membuat persembahan pentas kerana impian mengadakan  konsert belum  menjadi  kenyataan.

“Besar harapan  saya  agar  keinginan  itu  direalisasikan.  Malah saya  membayangkan  konsert itu nanti 'diiringi' peminat yang turut sama menyanyi setiap bait lirik lagu Yonnyboii," katanya.

YONNY (DELUXE VERSION) boleh didengarkan di semua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! 

Advertisement

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME? Klik banner di bawah ya!

Must-Watch Video

Advertisement