Skip to main content

Hollywood

Heidi Klum ‘Jadi’ Tangan Terputus, Dipenuhi Darah Rai Ulang Tahun ke-25 Parti Halloween

Heidi Klum ‘Jadi’ Tangan Terputus, Dipenuhi Darah Rai Ulang Tahun ke-25 Parti Halloween

Sekilas

  • Supermodel Heidi Klum meraikan ulang tahun ke-25 sambutan Halloween dengan kostum tangan manusia gergasi berdarah yang diinspirasikan daripada tangan kirinya sendiri.
  • Kostum tersebut lengkap dengan kuku merah, cincin pertunangan dan perkahwinan, serta tatu nama suaminya, Tom Kaulitz, yang tidak dapat hadir kerana jelajah muzik.
  • Klum mengambil masa lima hingga enam jam untuk memakai kostum berat itu, yang merupakan antara transformasi ekstrem dalam parti Halloween tahunannya di New York.
Advertisement

Supermodel Heidi Klum meraikan ulang tahun ke-25 penampilan eksentrik dan aneh yang dilakukannya sempena sambutan Halloween dengan sesuatu yang cukup mengejutkan.

Klum dilihat tampil menyarung kostum tangan manusia gergasi yang terputus dan dipenuhi darah pada sambutan parti Halloween tahunannya di New York, Amerika Syarikat (AS), yang diadakan pada 31 Oktober lalu.

Advertisement

Menerusi video dan gambar yang berlegar di internet, Klum hampir tidak dikenali apabila keseluruhan tubuhnya disembunyikan di sebalik kostum berkenaan dengan hanya bahagian mata dan mulut kelihatan.

Darah turut kelihatan mengalir dari mulutnya ketika dia menjelirkan lidah.

Lebih mengerikan, bahagian atas kostum tangan itu dihiasi struktur ligamen dan tendon yang kelihatan terjuntai, seolah-olah anggota badan manusia sebenar yang baru dipotong.

Advertisement

Dia turut diiringi beberapa pembantu yang mengenakan sut perlindungan bahan berbahaya (hazmat) dengan kesan percikan darah.


 

Menurut Klum, idea untuk tampil sebagai tangan gergasi itu tercetus pada tahun lalu. Lebih menarik, kostum tersebut diinspirasikan daripada tangan kirinya sendiri yang lengkap dengan kuku panjang berwarna merah, sebentuk cincin ibu jari serta cincin pertunangan dan perkahwinannya.

"Saya melihat tangan sendiri dan terfikir, 'Hei, rasanya saya boleh memasukkan seluruh tubuh saya ke dalam kostum ini'," katanya seperti dilaporkan The Herald.

Sepanjang penganjuran parti Halloween tahunannya, Klum pernah mengejutkan peminat dengan pelbagai transformasi ekstrem termasuk watak Medusa daripada mitologi Yunani, burung merak, robot Transformer setinggi 2.4 meter, serigala jadian daripada muzik video Thriller nyanyian Michael Jackson serta jelmaan dirinya sendiri yang ditemani beberapa individu berwajah seiras.

Dia juga pernah tampil sebagai Kali, dewi kematian dan kemusnahan dalam kepercayaan Hindu yang mempunyai banyak tangan.

Mengulas mengenai persiapan tahun ini, Klum berkata dia mengambil masa kira-kira lima hingga enam jam untuk menyarungkan kostum berkenaan, namun proses menghasilkan keseluruhan rekaan itu memerlukan tempoh jauh lebih lama.

Dia turut berkongsi beberapa petunjuk menerusi Instagram pada hari kejadian, termasuk proses solekan prostetik berdarah yang dilakukan pada wajahnya.

"Perkara paling sukar sudah tentu membawa kostum ini. Ia agak berat," katanya.

Suaminya yang juga pemuzik, Tom Kaulitz, bagaimanapun tidak dapat menghadiri parti berkenaan tahun ini kerana sedang mengadakan persembahan jelajah.

Namun, Klum tetap memastikan suaminya menjadi sebahagian daripada penampilan tersebut apabila kostum tangan itu turut menampilkan tatu nama Tom pada jari manis, selain garisan tapak tangan dan urat-urat yang direka menyerupai tangan sebenar.

"Sedikit sebanyak Kaulitz tetap bersama saya," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement