Suami kepada pelakon Sheila Rusly, Jinggo atau nama sebenarnya Azman Haji Yahya telah menyambut hari jadinya yang ke-53 Isnin lalu.

Perkara itu dikongsi Jinggo menerusi entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.

Di entri tersebut, Jinggo mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis kejutan untuk hari jadinya itu.

"Saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua yang menjayakan majlis hari jadi saya semalam (Isnin).

"Saya doakan anda semua berjaya di dunia dan di akhirat," tulisnya.

Dalam pada itu, Jinggo turut menulis kata-kata manis buat Sheila.

"Buat my babe, Sheila Rusly, terima atas segalanya, you bukan saja sebutir permata di dalam hati tapi sebutir permata akan ku bawa ke mati," tambahnya di ruangan kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan selamat hari jadi buat Jinggo dan mendoakan kesejahteraan untuknya.

Assalamualaikum Malaya...Good day Geng Tok Sidang di mana saja komer berada... . #cerekatoksidang ari ni teman nak ngucapkan berbanyak terima kasih pada semua yang menjayakan Birthday parti terkejut Tok Sidang semalam, teman mendoakan keiklasan komer berjaya hidup komer dunia akhirat. . Buat my babe @sheilarusly_jspictures terima atas segalanya, you bukan saja sebutir permata di dalam hati tapi sebutir permata akan ku bawa ke mati...? . To Jinggo Junior @uzairhaqimy69 @luthmikhail20 Love u guys so much.. . Terima kasih sayang buat yang hadir anak cucu abah @jozlynnhanania family @alifsatar @zarazya @naimdanielx @azirashafinaz @aydajebat @redzarosli @norin.f @annstylo @yatiekitchen @zazafida_brownies @soefimal @lilysoefi semua sponsors and last but not least Js team ? . Huuu Huuuuuuuuu ? Haaa Haaaaaaaaaa? Mua aha ahaha hadoiii makk aiii rasa gumbira lakkk teman niiii. . Babe tahun depan nak DUCATI la pulak laa? . Have a great day Geng Tok Sidang Semalaya ?

A post shared by Tok Sidang Jinggo (@jinggo_jspictures) on