Pelakon Sherry Alhadad bertekad untuk belajar memasak dan menjamu rakan-rakan selebriti popular dengan masakan daripada air tangannya sendiri.

Disebabkan itu, Sherry ingin mempelajari ilmu memasak bersama ibu angkat dan juga bekas pensyarahnya di ASWARA iaitu Datin Marlia Musa.

Resipi pertama yang akan dimasak oleh Sherry adalah Asam Laksa dan selebriti yang bakal menikmati hidangan tersebut adalah Jihan Muse.




Bagaimanapun, sebelum memasak Sherry sudah mula keliru tentang bahan masakan yang disediakan iaitu daun kesum dan daun limau.

Alamak macam mana nak masak tu kalau dua daun tu pun Sherry dah keliru?

Harap-harap Jihan sukalah hidangan Sherry tu nanti ya.


Saksikan program You Know Nothing About Cooking yang bersiaran setiap hari bermula hari ini, jam 12PM di website Gempak.com.

Berikut merupakan resipi penuh Asam Laksa Masakan Sherry.


ASAM LAKSA

Bahan-Bahan:

Ikan Kembung, Bawang Merah, Bawang Putih, Halia, Cili Kering, Belacan, Asam Keping, Jus Nenas, Otak Udang, Gula Melaka, Salad, Timun, Cili Padi, Nenas, Bunga Kantan, Limau Kasturi, Telur.


Proses:

Ikan kembung direbus (simpan air rebusan) kemudian ceraikan isi ikan dengan tulang. Tulang ikan seterusnya di kisar dan di tapis (ambil airnya sahaja).

Bawang merah, bawang putih, halia - dikisar bersama dengan cili kering.

Masukkan bahan kisar kedalam air rebusan ikan, seterusnya masukkan belacan ,asam keping, air tulang ikan, isi ikan, jus nanas,otak udang dan gula melaka.

Mi Laksa di rebus dan tos.

Untuk hiasan:

Hirisan salad,timun, cili padi, nenas, bunga kantan, limau kasturi dan telur rebus.

Untuk resipi penuh setiap episod, layari website Gempak.com