Kali ini, pelakon dan pengacara Sherry Alhadad hanya akan masak satu menu sahaja iaitu soto Johor!

Sherry memperlajari resipi untuk membuat soto Johor daripada ibu angkatnya, Datin Marlia Musa.

Soto Johor yang Sherry buat itu juga akan dirasai oleh rakan baiknya yang turut ‘kaki masak’ iaitu pelakon terkenal Nabila Huda.

Dalam episod kali ini juga, Sherry mendedahkan kenapa dia tidak pandai masak.

Nabila kata begedil yang Sherry buat sama seperti di kedai, betul ke?

Saksikan program You Know Nothing About Cooking yang bersiaran setiap hari bermula hari ini, jam 12PM di website Gempak.com.

Berikut merupakan resipi penuh Soto Johor;

Bahan-Bahan :

Ayam,nasi impit, bawang merah, bawang putih, sup bunjut, halia, rempah sup, rempah kurma, limau kasturi,serai, daun bawang, bawang goreng, taugeh, kentang, telur, cili padi, kicap manis,kunci, daun limau, cekur, gula dan garam.

Proses :

Rebus nasi impit (segera) - setengah jam untuk rebus.

Rebus seekor ayam di dalam periuk,masukkan sup bunjut, bila ayam dah masak, angkat keluar ayam dan carik carik kan isi ayam. Tulang ayam masuk kan semula ke dalam air rebusan.

Sup : Tumis bawang merah,bawang putih, halia, rempah sup, rempah kurma dan serai. Bila dah garing, masuk kan dalam periuk air rebusan ayam, ikat daun bawang dan masuk kan dalam sup. Ambil bawak goreng, hancurkan dan masuk kedalam sup.

Begedil : Goreng kentang, masuk kan kentang ke pengisar, keluarkan dari pengisar, masukan bawang merah dan bawang putih(ditumbuk), garam, telur sebiji, bulat bulat kan begedil. Kemudian goreng.

Cili Kicap : Cili padi, bawang putih, dikisar, letak kicap manis, air asam limau, garam.