,
Hiburan

You Know Nothing About Cooking: Sherry Alhadad Masak Menu Wajib Kenduri Kahwin, Ini Resipi Penuh Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Asyikin Mayudin
19/03/2024
09:55 MYT
Selalunya kalau kita pergi kenduri kahwin, menu nasi tomato dan ayam masak merah mesti wajib dihidangkan kepada tetamu yang hadir.
Jadi, pelakon dan pengacara Sherry Alhadad akan masak menu tersebut dengan tunjuk ajar daripada ibu angkatnya iaitu Datin Marlia Musa.
Manakala tetamu yang akan merasai masakan Sherry adalah pelakon yang sedang meningkat naik iaitu Nadhir Nasar.
Kali ini, Sherry pun dah tahu macam mana sukatan air untuk masak nasi dengan betul.
Nadhir Nasar pun macam puji je masakan Sherry.
Saksikan program You Know Nothing About Cooking yang bersiaran setiap hari bermula hari ini, jam 12PM di website Gempak.com.
Berikut merupakan resipi penuh nasi tomato dan ayam masak merah.
Bahan-bahan nasi tomato :
Beras, garam, bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, daun pandan, tomato segar, tomato paste, minyak kelapa, susu cair, garam, gula, stok ayam dan bawang goreng.
Proses :
Sukat beras 3 pot, kemudian rendam dengan garam. Bawang merah, bawang putih dan halia, separuh di kisar dan separuh lagi di hiris nipis. Tumis bahan kisar dulu menggunakan minyak kelapa, kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Selepas itu masukkan daun pandan, bila dah naik bau, masukkan tomato paste dan tomato segar yang dikisar. Seterusnya masuk kan bahan yang dihiris tadi, kemudian kita masuk 3 pot setengah air dan satu pot susu cair. Perasakan dengan garam dan stok ayam. Bila dah menggelegak, masuk kan beras dan tunggu hingga masak. Taburkan bawang goreng semasa di hidang kan.
Bahan-bahan ayam masak merah :
Ayam, serbuk kunyit, garam, halia (ditumbuk), bawang merah, bawang puith, cili kisar, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, tomato puree, tomato sos, buah keras & kacang peas.
Proses :
Perap ayam dengan serbuk kunyit, dan halia(ditumbuk) dan garam. Kemudian kisar bawang merah, bawang putih, halia, tumis bahan kisar ni dengan cili kering, seterusnya masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, tumis lagi, tambah tomato puree, bila dah naik bau, tambah sedikit air kedalam kuah, kalau masih kurang rasa masam tambah tomato sos, perasakan dengan garam. Ayam yang di perap tadi di goreng dan kemudian masuk kan ke dalam kuah. Tumbuk sedikit buah keras dan masuk kan kedalam kuah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Drama

Lebih 5,000 peminat serbu Meet & Greet Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

gempak
05/11/2024
09:55 MYT
Astro telah menganjurkan sesi "Meet & Greet" di Astro Experience Store, IOI City Mall bagi drama yang sedang hangat diperkatakan, Kelas Tahanan Cikgu Hiragi. Sambutan yang diterima di acara ini semalam sangatlah menggalakkan di mana ibu bapa bersama anak-anak mereka hadir sebagai tanda sokongan kepada drama ini, mengumpulkan lebih 5,000 pengunjung
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Ryan Bakery Tak Nak Main Badminton Lagi Dengan Sherry Alhadad Gara-Gara…

gempak
24/10/2024
11:20 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Badan Sherry Alhadad Patah Riuk, Aisha Retno Main-Main Belajar Gimnastik Berirama?

gempak
17/10/2024
11:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Sherry Alhadad Kena Grip Kepala Dengan Elizabeth Tan Dalam MMA

gempak
10/10/2024
13:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Hiburan

You Know Nothing About Sports: Nadia Aqilah Frust, Sherry Alhadad Pula Siap Ajak Main Ping Pong Dengan Coach?

gempak
26/09/2024
11:25 MYT
You Know Nothing kini kembali dengan You Know Nothing About Sports yang menampilkan Sherry Alhadad akan berpasangan dengan seorang selebriti popular tempatan untuk mencuba mempelajari satu sukan baru.
Unitar