Berita

"You Macam Selalu Kena Cucuk Hidung Je" - Awal Hairan Scha Selamba 'Cool' Buat Ujian Swab, Rupa-rupanya...

gempak
ZULHILMI JALIL
24/10/2020
12:45 MYT
Sponsor Banner
"You Macam Selalu Kena Cucuk Hidung Je" - Awal Hairan Scha Selamba 'Cool' Buat Ujian Swab, Rupa-rupanya...
Pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya menjalani ujian saringan Covid-19 di sebuah pusat perubatan di Damansara, Petaling Jaya semalam.
Perkara itu dikongsikan Awal menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Menurut Awal, dia memilih untuk menjalani ujian saringan secara pandu lalu bersama isterinya.
"Hari ini saya dah kena buat ujian Covid-19 sebab requirement. Media Prima kan dekat dengan zon merah, saya pun tinggal dekat zon merah.
"Jadi, better be safe than sorry (ambil langkah berjaga-jaga), jadi kena buat ujian swab. Gementarnya," katanya.
Menerusi video tersebut isterinya, Scha melakukan ujian tersebut terlebih dulu sebelum dirinya.
Bagaimanapun, Awal yang dilihat gementar pada awalnya terkejut melihat reaksi selamba Scha yang cukup rileks ketika doktor cuba mahu melakukan swab pada hidungnya.
"Awak macam dah selalu kena cucuk hidung sahaja," selorohnya melihat gelagat selamba isterinya itu.
Bagaimanapun, menurut Awal, ujian tersebut tidaklah berasa sakit seperti yang disangka pada mulanya.
"Tak adalah rasa sakit pun, rasa tak selesa sikit bab swab pada hidung tu je.. selebihnya okay sahaja.
"Jadi, buat yang fobia, takut sangat nak pergi hospital buat ujian Covid, harapnya video saya ini dapat bagi anda semua gambaran bagaimana ujian itu dijalankan.
"Serius, tak sakit langsung, dan jom kita lakukan untuk kebaikan bersama juga," katanya.
Sebelum ini, beberapa artis tempatan juga dilihat turut menjalani ujian saringan Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga.
Antaranya termasuklah, Nabil Ahmad, Uyaina Arshad dan Uqasha Senrose.
BACA: Nabil Ahmad Jalani Ujian Saringan COVID-19 - “Memang Muka Swab Test Macam Ni Eh?”
BACA: Jalani Ujian Saringan COVID-19, Uyaina Arshad Tak Tahan Sakit
BACA: "Doktor Kata Saya Demam Biasa" - Uqasha Senrose Negatif Covid-19
Apapun, jom sama-sama kita putuskan rantaian Covid-19! Pastikan korang semua duduk di rumah jika tiada keperluan untuk keluar di tempat awam okay.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah Covid-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024