Skip to main content

Viral

YouTube Sekat Semua Kandungan Anti Vaksin Covid-19!

youtube-anti-vaksin.jpg

YouTube akan menyekat semua kandungan bersifat antivaksin COVID-19, termasuk yang mendakwa vaksin memberi kesan kronik kepada penerima.

Laman sosial popular itu juga akan menyekat segala maklumat tidak benar mengenai Vaksin Covid-19.

Reuters melaporkan selain kandungan tidak benar mengenai vaksin Covid-19, dakwaan palsu mengenai vaksin lain juga tidak dibenarkan di Youtube.

Antaranya mengenai vaksin mengenai  selesema menyebabkan kemandulan, vaksin MMR yang melindungi daripada campak, beguk dan rubela didakwa akan menyebabkan autisme.

Langkah tersebut diambil YouTube kerana beberapa platform media sosial lain seperti Facebook dan Twitter, dikritik kerana tidak mengambil tindakan sewajarnya untuk menghentikan penyebaran maklumat kesihatan palsu.

Sejak tahun lalu, YouTube telah menyekat sehingga 130,000 kandungan yang tidak benar mengenai vaksin Covid-19.

Sebelum ini penyanyi sensasi Nicki Minaj pernah mendakwa pengambilan vaksin COVID 19 telah membuatkan kerandut zakar mengecil dan sukar mencapai tahap orgasme.

Dia mendakwa, kejadian tersebut berlaku di tempat kelahiran sepupunya di Trinidad and Tobago, namun tiada bukti ditampilkan Nicky.

Perkara tersebut didedahkan Nicky menerusi ciapan di Twitternya yang memiliki lebih 22 juta pengikut.
 

Advertisement

Must-Watch Video