,
Laman Utama

Zahid Hamidi Dilantik Timbalan Perdana Menteri, Ini Senarai Penuh Menteri Kabinet Kerajaan

Awani
02/12/2022
13:05 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menamatkan persoalan dan teka-teki berhubung barisan Kabinet yang akan bersama-sama dengannya mentadbir negara.
Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang menjadi antara tumpuan utama sejak beberapa hari lepas diisi Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Manakala, Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof pula dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Pelantikan Fadillah menyaksikan Ahli Parlimen Petra Jaya itu mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama dari Sarawak yang diberi amanah untuk menggalas jawatan tersebut.
Pelantikan Ahmad Zahid dan Fadillah menamatkan spekulasi berhubung jawatan nombor dua tertinggi itu.
Sebelum ini, banyak khabar angin tersebar sebelum ini, mengaitkan beberapa nama dengan jawatan tertentu namun segalanya hanyalah khabar angin sehinggalah hari ini.
Berikut senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan:
Perdana Menteri/ Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim
Timbalan Perdana Menteri/ Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri /Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Sri Fadillah Yusof
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu
Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Ngar Kor Ming

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan
Menteri Kerja Raya Datuk Alexander Nanta Linggi
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamad Khalid Nordin

Menteri Sains Teknologi Chang Lih Kang

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri
Menteri Perdangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Industri) Datuk Seri Azalina Othman Said
Menteri Sumber Asli Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad
Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Datuk Ewon Benedict

Menteri Luar Negeri Datuk Seri Zambry Abdul Kadir

Menteri Pelancongan Datuk Seri Tiong King Sing
Menteri Komunikasi Digital Ahmad Fahmi Ahmad Fadzil
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
Menteri Perpaduan Negara Ago Anak Dagang
Menteri Agama Datuk Mohd. Na’im Mokhtar

Menteri Belia Dan Sukan Hannah Yeoh Tseow Suan

Menteri Sumber Manusia Sivarkumar a/l Varatharaju Naidu
Menteri Kesihatan Dr. Zaleha Mustafa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak) Datuk Armizan Mohd AliSumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Belanjawan 2025: Peruntukan RM300 Juta Program Belia Kreatif MADANI, FDAM Sahut Seruan Kerajaan - "Moga Lebih Banyak Bakat Harumkan Nama Malaysia"

gempak
19/10/2024
08:40 MYT
Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Datuk Afdlin Shauki, menyambut baik pengumuman Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, dalam Pembentangan Bajet 2025 yang memperuntukkan RM30 juta untuk program Belia Kreatif MADANI.
Berita

Belanjawan 2025: Fail Warna Hitam Tarik Perhatian, Rupanya Beg Songket Tenunan Kelantan Jadi Pilihan PM, Ini Maksudnya

gempak
18/10/2024
08:25 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Bangunan Perbendaharaan bersama-sama dokumen yang paling dinanti-nanti hari ini, iaitu dokumen Belanjawan 2025 Malaysia MADANI untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.
Hiburan

“Terima Kasih Ajar Buat Roti Jala & Cendol” - Khairul Aming Terima Penghargaan PM New Zealand, Siap Puji Makanan Malaysia Sedap

gempak
20/09/2024
12:20 MYT
“Terima Kasih Ajar Buat Roti Jala & Cendol” - Khairul Aming Terima Penghargaan PM New Zealand, Siap Puji Makanan Malaysia Sedap
Hiburan

M. Nasir Berbesar Hati Terima Kedatangan PM ke Konsert Cipta

gempak
22/08/2024
05:25 MYT
Penyanyi lagenda, Datuk M. Nasir berbesar hati menerima kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke konsert Dato M. N45IR Cipta pada 10 Ogos lalu.
Berita

Rombakan Kabinet? Ini Jawapan Perdana Menteri

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan berlaku sekali lagi rombakan Kabinet di bawah pentadbirannya.
Unitar