HIBURAN
Zahnita Pernah 'Serah Diri' Di Wad Psikiatri - "Suami Bawa Saya, Bila Sampai Saya Rasa ..."
Pernah berada di titik terendah dalam hidup sekitar tahun 2019, pelakon dan model jelita Zahnita Wilson mendedahkan pernah 'menyerah diri' untuk menerima rawatan oleh pakar psikiatri.
BERITA TRENDING: Cantik! Foto Terkini Zahnita Jadi Bualan Ramai - “Lawa Semenjak Tak Dengan Lelaki Gila”
Jelas Zahnita, 40, dia bagaimanapun berpatah arah apabila melihat lebih ramai individu yang melalui situasi lebih parah berbandingnya."Jujurnya saya pernah ke wad psikiatri di mana saya berada pada tahap terendah dalam hidup sehingga perlu ditahan di wad berkenaan.
"Tapi bila saya sampai di wad itu saya tengok keliling ada ramai pesakit lain yang menunggu keadaan mereka jauh lebih teruk daripada saya. Ada dalam 50 ke 60 orang ketika itu.
"Jadi saya tak rasa saya patut berada di sana sebab saya tak seteruk mereka dan pilih untuk patah balik ke rumah," katanya kepada Gempak.
Zahnita ditemui pada sidang media mini selaku perlantikannya sebagai Face of NRC Raya 2025 di Bangi, Selangor pada Rabu.
BERITA TRENDING: Tarik Laporan Kes Antara Syarat Lafaz Cerai, Zahnita Anggap Suami Cuba ‘Play Victim’ - “Saya Tak Sangka Sebenarnya Dia…”
Selepas menyedari keadaan itu, Zahnita mencari ketenangan dengan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa."Saya mencari ketenangan dengan membaca al-Quran dan berdoa pada Allah," tambahnya.
BERITA TRENDING: Syukur Dapat Bersama 2 Anak Perempuan, Zahnita Diminta Buat Ujian Saringan Air Kencing - “Tiada Apa Yang Nak Saya…”
BERITA TRENDING: Netizen Sebak Lihat Tangan Zahnita, Berurat & Luka - “Berbelas Tahun Dia Bertahan, Lama Terseksa…”
Ketika itu ujar Zahnita lagi, suaminya, Abdul Zackery merupakan individu yang membawanya untuk membantu memulihkannya daripada kemurungan."Dia (Abdul Zackery) ialah orang yang bawa saya ke wad psikiatri berkenaan.
"Mungkin ketika itu dia nampak saya memang berada di tahap terendah seperti tidak tentu arah.
“Jadi dia cuba untuk mencari orang yang boleh bantu saya dengan segera,” ujarnya.
Untuk rekod, Zahnita sebelum ini memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan pada 3 Disember 2024 selepas berkongsi gambar mata lebam dalam Instagram sehari sebelum itu.
Zahnita kemudian mendakwa kecederaan itu berlaku kerana dia telah dipukul oleh suaminya, Abdul Zackery Ghouse.
Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami pada 2013. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2005 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Must-Watch Video