Penceramah bebas Zakir Naik dilaporkan akan ditahan dan diusir dari Oman untuk dihantar pulang ke India.

Menurut laporan media tempatan News18, agensi-agensi risikan India bekerjasama dengan pihak berkuasa Oman untuk menahan Zakir ketika lawatannya ke Oman pada Khamis.

Zakir dijemput untuk menyampaikan dua ceramah di negara itu dengan ceramah pertama dianjurkan oleh Kementerian Hal Ehwal Agama Oman.

Manakala ceramah kedua dijadualkan di Universiti Sultan Qaboos pada petang 25 Mac.

Menerusi hantaran di media sosial, penceramah itu mengesahkan bahawa beliau selamat tiba di Muscat dari Kuala Lumpur pada Khamis.

Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan Oman atas jemputan tersebut.

Sumber: Astro Awani