Hiburan

Zamani Akui Penat Terima Show ‘Back To Back’, Syukur Kondisi Kesihatan Makin Baik - “Sampai Satu Tahap Nanti Saya Akan…”

gempak
Khairil Khusyairi
13/02/2025
09:50 MYT
Sponsor Banner
Zamani Akui Penat Terima Show ‘Back To Back’, Syukur Kondisi Kesihatan Makin Baik - “Sampai Satu Tahap Nanti Saya Akan…”
Penyanyi Zamani mengakui bimbang cepat penat apabila sibuk memenuhi tawaran persembahan yang tidak putus kini.

Terima Tawaran Back To Back

Menurut Zamani, 54, dia kini menerima tiga atau empat tawaran menyanyi dalam satu minggu yang tidak hanya tertumpu pada 'show' besar saja kerana mahu bertemu peminat.

“Saya agak penat sedikit sebab memang sibuk. Back to back bekerja, tapi Alhamdulillah itu rezeki saya.

“Saya bimbang kerana sedikit penat saja. Dalam seminggu itu ada tiga atau empat (job). Alhamdulillah.
“Saya bukan ambil show besar saja, apa yang penting saya dapat berjumpa dengan peminat,”katanya kepada Gempak.

Syukur Kondisi Kesihatan Makin Baik

Ditanya mengenai kondisi kesihatannya kini, vokalis kumpulan Slam itu berkata, dia bersyukur masih diberi kekuatan untuk bekerja meskipun sibuk menyebabkannya berasa penat.

“Dari segi kesihatan itu setakat ini Alhamdulillah, tetapi sedikit penat.

“Mungkin sampai satu tahap nanti saya perlu ‘cool down’ juga.

“Saya berdiri okay saja cuma tak tahu kondisi saya itu bagaimana, tegak ke atau bengkok.

“Lenguh itu pasti ada tapi masih boleh diatasi,” katanya lagi.
Sebelum ini, Zamani pernah menghadapi masalah tulang belakang melengkung akibat penyakit skoliosis yang memerlukan dia menjalani pembedahan membetulkannya dua tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Slam bakal /bekerjasama dengan Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) menerusi konsert Slam Bersama MPO pada 22 Februari ini, jam 8 malam di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC.
Di bawah pimpinan Ahmad Muriz Che Rose, konsert ini akan menyerlahkan versatiliti MPO dalam mempersembahkan muzik pop tempatan selain dari genre muzik klasikal Barat.
Antara lagu popular Slam dipilih ialah Mentari Muncul Lagi, Manisnya Rindu, Kembali Terjalin, Rindiani, Gerimis Mengundang dan Jika Kau Rasa Getarnya termasuk satu lagu istimewa, Salam Terakhir nyanyian asal Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

ARTIKEL BERKAITAN: Slam Tampil Bersama Orkestra Selepas Tiga Dekad, Janjikan Kelainan Kepada Peminat - “Gerun Dengar Arrangement Lagu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Artis Tak Salah, Tak Tahu Apa-Apa Tapi Tiba-Tiba Kena Soal Siasat” - Zamani

ARTIKEL BERKAITAN: Slam Tak Kisah Digelar Band Leman - “Kami Okay Saja Sebab..."

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024