Hiburan

“Zani Tak Nak Mama Sedih…” - Ismail Izzani Rindu, Menangis Cipta Lagu Untuk Mama

gempak
Mya Amri
24/03/2020
15:03 MYT
Sponsor Banner
“Zani Tak Nak Mama Sedih…” - Ismail Izzani Rindu, Menangis Cipta Lagu Untuk Mama
Penyanyi Ismail Izzani meluahkan rasa rindu terhadap ibu tersayang, Datin Suliza Salam.
Menerusi laman sosial Instagram, Ismail berkongsi video lagu yang dinyanyikan kepada ibunya.
Lebih sebak apabila video tersebut merakamkan Ismail menangis sewaktu menyampaikan lagu tersebut.
Menerusi kapsyen yang ditulis, Ismail juga turut mendedikasikan coretan istimewa buat Suliza.
“Ini adalah lagu yang saya cipta khas buat mama tersayang. Secara jujurnya saya sangat-sangat rindukan mama. Dia telah membesarkan saya baik dan penuh kasih sayang.
“Mama, Zani janji Zani akan kerja keras untuk mama dan keluarga. Zani tak nak mama sedih, saya akan cuba yang terbaik membuatkan mama sentiasa gembira dan bangga.
“Biarlah apa orang nak kata, kita semua ada fasa masing-masing dalam kehidupan. Saya tahu bukan mudah untuk menangani komen-komen negatif yang melibatkan saya dalam industri muzik sebab mama sentiasa mahu melindungi saya.
“Terima kasih mama kerana mempercayai saya dan membenarkan saya melalui fasa kehidupan sehingga membuat saya menjadi kuat dan lebih baik.
“Awaklah mama saya, berkorban banyak benda hanya untuk memberikan kegembiraan kepada saya. Mamalah dunia saya dan saya akan berkorban apa sahaja hanya untuk membuatkan mama gembira,” tulisnya.
- Here’s a song that I made for my lovely mama . To be honest , I miss her so much ✨ she really raised me well with full of love and kindness. Mama , zani janji zani akan kerja keras for you and the family. Zani taknak mama sedih , I will try my best to always make you proud and happy. Biarlah apa orang nak kata , we all have our own phases in life .I know it’s not easy for you to handle all of the negative things around me in this music industry because u’ve always wanted to protect me. Thank you mama for believing me and let me go through all of my phases to become stronger and better . You are my mother , sacrificed a lot of things just to make me happy. You are my world ?❤️ and I will sacrifice anything just to make you happy. To everyone out there please hug ur mom right now and tell her that you love her so much. Appreciate them while they are still breathing.
A post shared by T W E N T Y (@ismailizzani_) on
Sehingga kini video tersebut menerima lebih 100,000 tontonan dan hampir 500 komen antaranya,
“Lagu yang indah, sangat bagus. Saya juga adalah seorang ibu dan saya sangat tersentuh sekiranya anak saya menyanyikan lagu ini kepada saya,” komen @dayang_fazura
“Mesti mama Mael bangga sangat dengan awak dan mama Mael mesti bertuah ada anak yang sangat berbakat macam awak. By the way stay safe dan saya doakan awak dan mama awak sentiasa dilindungi Allah ...Aamiin,” tulis @mas_yaakob
Terdahulu, hari ini merupakan hari ketujuh rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengawal penularan wabak COVID-19.
Buat pembaca Gempak, apa-apa pun pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live