Zynakal Terlibat Dalam Kemalangan, Tiada Kecederaan Yang Serius - “Puncanya Elak Kereta Sebab Tak Bagi Signal”
Asyikin Mayudin
24/06/2024 06:09 MYT
24/06/2024 06:09 MYT
Malang tidak berbau, itulah nasib yang menimpa penyanyi rap Zynakal apabila dia terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menunggang motosikal bersama beberapa rakannya, pada Ahad.
Punca Kereta Tak Beri Signal
Perkara tersebut dimaklumkan oleh rakan seindustri iaitu aktor Raja Atiq menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Zynakal Kemalangan Ketika Konvoi Motosikal!
Kongsi Atiq, punca kemalangan berlaku disebabkan sebuah kenderaan tidak memberikan lampu isyarat ketika membelok di persimpangan.
"Man down, get well soon Zyn. Puncanya elak kereta sebab tak bagi signal. Tolong lah rakyat Malaysia, bagi signal tak susah pun dan kami pun tak laju,” katanya.
Sementara itu, menerusi satu lagi perkongsian pada entri sama, Atiq berkata, Zynakal tidak mengalami sebarang kecederaan parah dan sudah dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
"Alhamdulillah, tiada kecederaan yang serius. Kami ride okay je. Masa nak balik hampir sampai rumah. Baru terjadi kemalangan itu.
"Tidak mengapalah, yang penting semua okay,” ujarnya.
Untuk rekod, Zynakal juga pernah terlibat dalam kemalangan ketika aktiviti konvoi menunggang motosikal bersama rakan pada Januari lalu.
Untuk rekod, Zynakal juga pernah terlibat dalam kemalangan ketika aktiviti konvoi menunggang motosikal bersama rakan pada Januari lalu.