Tahun 2021 dirasakan berakhir dengan baik bagi rapper dan komposer Zynakal.
Hal itu diakui Zynakal yang telah memenangi kategori Komposer Muda Berpotensi dalam Anugerah Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP) 2021 minggu lalu.
Bagi penulis, anak saudara kepada penyanyi Zamani itu semamngnya layak menerima anugerah tersebut kerana Zynakal memang kreatif dan sentuhan lagunya mempunyai keunikan tersendiri.
Tidak dinafikan pada awal kemunculannya, penulis didatangi rasa skeptikal, namun apabila seorang rakan sekerja mula memperkenalkan lagu 'Terbang' ketika itu, penulis mula menyukai lagu ciptaan Zynakal.
Bagi pemilik nama lengkap Muhammad Raziq Rosli itu, pencapaiannya tahun lalu bukanlah besar, namun tentunya pengiktirafan yang diterima daripada MACP itu cukup bermakna untuk dirinya.
"Bagi saya, kemenangan dalam anugerah MACP ini adalah satu penutup yang sangat baik untuk tahun 2021.
"Saya tak tampil dengan banyak lagu, dan tak berapa ada sangatlah yang istimewa dalam 2021 untuk saya, tapi syukur Alhamdulillah ada rezeki mendapat pengiktirafan dalam Anugerah MACP ini," katanya.
Menyentuh tentang lagu Sakit (bersama Yonnyboii) yang dilancarkan dua tahun lalu, Zynakal akui lagu itu masih membawa makna besar dalam kehidupannya, seperti yang pernah diluahkan menerusi laporan media tempatan sebelum ini.
"Lagu Sakit memang cukup bermakna untuk saya, dari segi penyampaian dan liriknya sebab ia bukan lagu biasa atau lagu gembira, saya mahu bercerita kepada orang tentang isu keishatan mental yang saya alami.
"Jadi lagu itu memang hidup di telinga orang, dan saya terima banyak reaksi bahawa lagu Sakit menjadi pencetus perubahan dalam kehidupan mereka, Alhamdulillah.
"Selepas lagu itu keluar juga, macam-macam berita baik yang saya dapat, paling terbaru adalah trofi MACP ini," katanya lagi.
Anugerah MACP adalah satu acara yang memberi pengiktirafan kepada penggiat seni yang banyak menyumbang hasil atau karya untuk perkembangan industri tempatan.
Acara itu tidak diadakan tahun lalu ekoran pandemik COVID-19 yang melanda.
Meskipun kembali dianjurkan tahun ini, ia diadakan dengan skala kehadiran tetamu yang lebih kecil dalam suasana norma baru dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Hasil royalti kutipan MACP didapati daripada persembahan muzik di stesen-stesen televisyen, radio, konsert, majlis makan malam dan lain-lain organisasi yang mempunyai lesen di bawah badan berkenaan.
Asraf Aided
Wed Jan 05 2022


“Kami Ingin Tunjuk Bakat, Bukan Sekadar Rupa” - Da Unknown Mahu Buktikan Muzik Dihasilkan Berkualiti
Kacak-kacak team member Unknown

Selepas Isteri Failkan Cerai, Musa Hassan Pula Fail Tuntutan Nusyuz
Musa Hassan Fail Tuntutan Nusyuz

Tular Isu 'Raya Mengejut' Sekali Lagi, Jakim Tampil Beri Penjelasan - "Disaran Membuat Semakan Di..."
Raya mengejut lagi?

Emilia Hanafi Tarik Balik Kes Dicederakan SM Faisal 8 Tahun Lepas Dengan Terma & Persetujuan
Emilia tarik balik kes SM Faisal Dengan Syarat

"Steady Video Tak Bergegar!" - Netizen Puji 'Filem' Promo Bulan Bintang Ada Beto Kusyairy
Powernya Bulan Bintang!

“Dia Bukan Budak Yang Saya Kena Pantau”- Isteri Aliff Syukri Bosan Kena Tag, Dah Nasihat Suami Tapi Tak Dengar
Alamak datin dah marah.
![[VIDEO] “Nak Anak-Anak Perempuan Ada…” - Mawar Rashid Dedah Sebab Tukar Nama Anak Ketiga [VIDEO] “Nak Anak-Anak Perempuan Ada…” - Mawar Rashid Dedah Sebab Tukar Nama Anak Ketiga](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-nak-anak-anak-perempuan-ada-mawar-rashid-dedah-sebab-tukar-nama-anak-ketiga.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Nak Anak-Anak Perempuan Ada…” - Mawar Rashid Dedah Sebab Tukar Nama Anak Ketiga
Best nama anak Mawar.

Hanna Delisha Akui Penat Menangis Dalam ’Andai Itu Takdirnya’ - “Sebab Itu Habis Projek Ini Saya Nak Ambil…”
Lakonan Hanna memang power!

#AstroGoMovies: Jom Gandakan Pahala Dengan Menyaksikan Program Menarik Sepanjang Ramadan! Ada Nabil To Neelofa, Geng Ta’alim & Banyak Lagi
Program menarik! Jom tengok

“Wajah Semua Comel Bersih, Tak Terbakar”- Ebit Lew Menangis Hadiri Pegebumian 4 Beradik
Ebit Lew Menangis Hadiri Pegebumian 4 Beradik