Skip to main content

Berita

14 Maut, 8 Cedera Dalam Nahas Kereta Api

IMG 2255

Sekilas

  • Sekurang-kurangnya 14 orang maut dalam kemalangan perlanggaran dua tren penumpang di luar Jakarta malam tadi.
  • Seramai 84 mangsa sedang menerima rawatan di hospital akibat kecederaan.
  • PT Kereta Api Indonesia (KAI) sedang menjalankan siasatan lanjut untuk kenal pasti punca kejadian.
Advertisement

Sekurang-kurangnya 14 orang disahkan maut selepas insiden perlanggaran membabitkan dua tren penumpang yang berlaku malam tadi di luar Jakarta, menurut syarikat kereta api milik kerajaan, PT Kereta Api Indonesia (KAI).

Syarikat tersebut memaklumkan jumlah korban meningkat daripada angka awal selepas kemas kini terkini dikeluarkan pada Selasa.

Advertisement

“Berdasarkan data terkini setakat jam 08:45 WIB (0145 GMT), 14 orang telah disahkan maut,” menurut kenyataan itu.

Dalam insiden sama, seramai 84 mangsa dilaporkan menerima rawatan di hospital berikutan kecederaan yang dialami.

Pihak PT Kereta Api Indonesia (KAI) kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian yang mengakibatkan pertembungan dua tren penumpang tersebut

Advertisement

Sumber: Buletin TV3

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement