Skip to main content

Berita

28 Lantikan Baharu, Taufiq Johari Ganti Hannah Yeoh Antara Tumpuan…Ini Senarai Penuh Kabinet Kerajaan Madani

MADANI

Sekilas

  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan Madani dengan pelantikan 14 menteri dan 18 timbalan menteri baharu.
  • Taufiq Johari dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan menggantikan Hannah Yeoh yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
  • Upacara mengangkat sumpah akan diadakan di Istana Negara dan mesyuarat Jemaah Menteri dijadualkan pada hari Rabu.

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet Kerajaan Madani di Pejabat Perdana Putra, pada Selasa.

Antara yang mencuri tumpuan ialah pelantikan Ahli Parlimen Sungai Petani iaitu Taufiq Johari yang dilantik sebagai Menteri Belia Dan Sukan menggantikan Hannah Yeoh dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Selain itu, PM Anwar turut mengumumkan senarai pelantikan menteri dan timbalan menteri baharu melibatkan beberapa kementerian utama dalam usaha memperkukuh pentadbiran dan kecekapan pentadbiran Kerajaan MADANI.

Pelantikan itu melibatkan sejumlah 14 menteri dan 18 timbalan menteri, merangkumi portfolio ekonomi, sosial, agama, pendidikan, belia, sumber manusia serta kelestarian alam.

Berikut adalah senarai penuh rombakan Kabinet Kerajaan Madani:

Senarai Menteri dan Timbalan Menteri baharu:

Menteri:

1. Menteri Wilayah Persekutuan: Hannah Yeoh 
2. Menteri Sabah dan Sarawak: Datuk Seri Musfata Sakmud
3. Menteri Hal Ehwal Agama: Dr Dzulkefly Hassan 
4. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri: Datuk Seri Johari Abdul Ghani 
5. Menteri Pembangunan Usahawan, Koperasi dan PMKS: Steven Sim Chee Keong 
6. Menteri Ekonomi: Akmal Nasrullah Mohd Nasir  
7. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Datuk Seri Arthur Joseph Kurup 
8. Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Noraini Ahmad 
9. Menteri Sumber Manusia: Ramanan Ramakrishnan 
10. Menteri Belia dan Sukan: Taufiq Johari

Timbalan Menteri:

1. Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan: Loh Su Fui 
2. Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama: Marhamah Rusli 
3. Timbalan Menteri Kewangan: Liew Chin Tong 
4. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air: Datuk Seri Abd Rahman Muhammad 
5. Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan: Chan Foong Hin 
6. Timbalan Menteri Luar Negeri: Lukanisman Awang Sauk 
7. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Lim Hui Ying 8. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi: Adam Adli Abd Halim 
9. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya: Chiew Choon Man 
10. Timbalan Menteri Perpaduan: R. Yuneswaran 
11. Timbalan Menteri MITI: Sim Sze Tzin 
12. Timbalan Menteri Kesihatan: Datuk Hanifah Hajar Taib 
13. Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk Muhammad Alamin 
14. Timbalan Menteri Ekonomi: Datuk Mohamad Shahar Abdullah 
15. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Syed Ibrahim Syed Noh 
16. Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Huan Tiong Sing 
17. Timbalan Menteri Sumber Manusia: Datuk Khairul Firdaus Akhbar Khan 
18. Timbalan Menteri Belia dan Sukan: Mordy Bimol

Sementara itu, upacara mengangkat sumpah yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim akan berlangsung jam 10 pagi di Istana Negara dan mesyuarat Jemaah Menteri akan diteruskan pada Rabu jam 2.30 petang.

Must-Watch Video

Advertisement