Skip to main content

Selebriti

"Abang Terlalu Baik, Mata Saya Jadi Saksi Kebaikan Abang" - Noorkhiriah

Bakar isteri

Sekilas

  • Noorkhiriah meluahkan kesedihan atas pemergian Allahyarham Jalil Hamid yang dianggap seperti ayahnya sendiri dan memuji komitmen arwah terhadap kerjaya walaupun dalam keadaan sakit.
  • Dia terkilan tidak dapat menghadiri pengebumian arwah kerana tuntutan kerja, namun reda dengan ketentuan Ilahi dan mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.
  • Noorkhiriah turut berharap keluarga arwah diberikan kekuatan dan kesabaran menghadapi kehilangan sosok ayah dan suami yang sangat baik.

Pelakon, Noorkhiriah meluahkan rasa sedih atas kehilangan figura yang dianggap seperti ayahnya sendiri iaitu Allahyarham Jalil Hamid.

Menurut pemilik nama penuh Noorkhiriah Ahmad Shapie, arwah merupakan seorang yang amat baik serta komited terhadap kerjayanya.

"Abang terlalu baik bagi saya. Mata saya jadi saksi kebaikan abang dan akak. Mata saya jadi saksi betapa komitmennya abang terhadap kerja abang.

"Walaupun sakit, abang tetap menjalankan amanah. Masa abang dah sampai. Hilang sudah pak kulup dan ayahanda saya.

"Saya doakan semoga Allah ampunkan segala dosa dan tempatkan abang di kalangan orang-orang yang beriman,"tulisnya.

Tambahnya lagi, dia terkilan kerana tidak dapat menghadiri majlis pengebumian arwah atas tuntutan kerja, namun reda dengan ketentuan Ilahi.

"Mohon maaf dunia akhirat, saya tak dapat hadir dan jumpa abang buat kali terakhir. Saya jauh cari rezeki, terkilan sangat, tapi itulah ketentuan yang Allah tentukan.

"Tiada dah gelak tawa. Tiba-tiba abang interframe. Semua tinggal kenangan,"ujarnya.

Dalam pada itu, Noorkhiriah turut berharap agar keluarga arwah diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan tersebut.

"Semoga akak dan anak-anak diberikan kekuatan dan kesabaran atas kehilangan sosok ayah dan suami yang sangat baik. Selamat jalan ayahanda. Anakanda menyusul. Abang Jalil Hamid dalam kenangan,"titipnya.

Sekadar info, Jalil Hamid menghembuskan nafas terakhir ketika tidur pada Isnin dan jenazahnya selamat dikebumikan pada hari yang sama selepas waktu Asar.

Menurut anaknya, Afiqah Jalil, arwah ayahnya itu meninggal dunia dalam tidur usai beberapa jam menunaikan solat subuh.

Anda mungkin berminat dengan

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Ceramic Plate

Ceramic Plate

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Must-Watch Video

Advertisement