Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Abe Wee Tegur Sikap Kurang Ajar Warga Asing Berniaga Tanpa Lesen - “Orang Kita Memang Ramai Lemah-Lembut Tetapi…”

Abe Wee Tegur Sikap Kurang Ajar Warga Asing Berniaga Tanpa Lesen - “Orang Kita Memang Ramai Lemah-Lembut Tetapi…”

Sekilas

  • Abe Wee meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir warga asing yang berniaga tanpa lesen dan bersikap kurang ajar apabila ditegur.
  • Beliau menegaskan orang Malaysia biasanya lemah lembut tetapi tidak harus dipandang enteng atau diambil kesempatan.
  • Abe Wee menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan segera bagi membendung masalah ini.
Advertisement

Personaliti media sosial, Abe Wee meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir warga asing yang bersikap kurang ajar ketika ditegur mengenai perniagaan tanpa lesen.

Menerusi perkongsian di Threads, Abe Wee yang juga abang kepada pempengaruh Mek Yun menyifatkan warga asing kini ilihat semakin berani jika ditegur orang ramai.

Advertisement

“Baru tengok video yang viral kat Bukit Bintang. Warga asing jual minyak wangi berniaga tepi jalan tanpa lesen tapi bila kena tegur terus buat muka, gelak, menguap sana sini. Amboi, makin berani,”tulisnya.

Menurutnya, meskipun kebanyakkan orang Malaysia terdiri dari golongan yang lemah-lembut, tetapi perkara tersebut tidak boleh diambil kesempatan dan dipandang enteng.

Abe Wee turut menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan agar perkara tersebut dapat dibendung dengan kadar segera.

“Kita ini orang Malaysia memang lembut dan banyak bertolak ansur tetapi jangan sebab kita lembut, orang boleh sesuka hati pijak kepala kita. Hormat okay.

“Dan ada video-video dan gambar. Pihak berkuasa, tolong jalankan tugas. Jangan tunggu perkara macam ini jadi makin biasa,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement