Sekilas
- Seorang netizen menyamakan wajah usahawan Khairul Aming dengan penyanyi The Weeknd selepas konsertnya di Stadium Nasional Bukit Jalil.
- Khairul Aming turut berseloroh bahawa bukan sahaja wajah, malah suara mereka juga hampir sama.
- Konsert The Weeknd di Kuala Lumpur merupakan yang pertama sejak beliau memulakan karier dan sebahagian daripada jelajah Asia termasuk Tokyo, Indonesia, Singapura, dan Hong Kong.
Seorang netizen mencuri perhatian ramai apabila menyamakan wajah usahawan, Khairul Aming dengan penyanyi, The Weeknd atau kini mahu dikenali sebagai Abel Tesfaye.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu tersebut berpandangan kedua figura itu mempunyai wajah yang hampir sama.
“Kenapa masa konsert tadi kadang-kadang Abel namak macam Khairul Aming,”katanya.
Perkongsian tersebut turut menerima respons daripada Khairul sendiri, Malah sempat berseloroh dia dan Abel bukan sahaja seiras, namun suara mereka juga turut sama sedap.
“Bukan setakat muka sama, suara pun sama,”balas Khairul,”ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen termasuk rakan baik Khairul iaitu Azfar Heri turut meninggalkan komen dan terhibur dengan kenyataan pemilik restoran Rembayung itu.
Sekadar info, The Weeknd telah mengadakan konsert The Weeknd: After Hours Til Dawn Tour yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 dan 5 November 2026.
Lebih menarik, ini merupakan kali pertama pelantun lagu Blinding Lights itu mengadakan konsert di Kuala Lumpur sejak memulakan kariernya dalam industri muzik.
Selain Malaysia, siri jelajah Asia The Weeknd turut merangkumi beberapa lokasi lain termasuk Tokyo, Indonesia, Singapore dan Hong Kong.