Skip to main content

Selebriti

"Agak Lucah & Melampau" - Kamal Adli Tegur Video Promosi Drama AI Di Tiktok

"Agak Lucah & Melampau" - Kamal Adli Tegur Video Promosi Drama AI Di Tiktok

Sekilas

  • Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa kurang senang terhadap video promosi drama berasaskan kecerdasan buatan (AI) di TikTok yang mengandungi unsur lucah dan keterlaluan.
  • Kamal menuntut tindakan segera daripada pihak bertanggungjawab untuk mengawal penyebaran kandungan tersebut.
  • Perkongsian Kamal mendapat sokongan ramai netizen yang bimbang kandungan itu memberi kesan negatif kepada kanak-kanak dan remaja bawah umur.
Advertisement

Pelakon Kamal Adli meluahkan rasa kurang senang terhadap beberapa video promosi drama yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Menerusi perkongsian di Threads, Kamal berpendapat kandungan promosi drama berasaskan kecerdasan buatan (AI) itu mengandungi unsur-unsur lucah dan disifatkan sebagai keterlaluan.

Advertisement

"Korang perasan tak video promosi seperti drama drama kecerdasan buatan manusia (AI) di TikTok ini agak lucah dan melampau,"tulisnya.

Dalam masa sama, Kamal turut menuntut agar pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan segera bagi mengawal penyebaran kandungan sedemikian.

"Gilalah. Ke korang punya lain? Kenapa tiada orang yang kawal perkara ini,"ujarnya.

Advertisement

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai dengan rata-rata netizen menyokong kenyataan Kamal selain meluahkan rasa bimbang kerana takut  memberi kesan negatif kepada kanak-kanak dan remaja bawah umur.

Anda mungkin berminat dengan

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

SHEGLAM Camera On Smooth Blur Primer Smooth Poreless Moisturizing Face Base

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

Must Watch Video

Advertisement