Skip to main content

Teknologi & Sains

AI Bukan Lagi Sekadar Chatbot, Kini Mula Ubah Cara Syarikat & Manusia Bekerja

AI Bukan Lagi Sekadar Chatbot, Kini Mula Ubah Cara Syarikat & Manusia Bekerja

Sekilas

  • AI kini bukan sekadar alat bantu, tetapi mula mengendalikan proses kerja organisasi secara automatik dengan campur tangan manusia yang minimum.
  • Exodus Markets melancarkan Program Exodus A.C.T. yang membantu perniagaan mengenal pasti dan merangka semula proses kerja menggunakan AI, menerima lebih 5,000 permohonan dalam beberapa bulan.
  • Penggunaan AI dan automasi dapat meningkatkan kecekapan kerja lebih 50%, memendekkan masa tugasan manual, sambil mengekalkan peranan manusia dalam proses kerja.
Advertisement

Kecerdasan buatan (AI) bukan lagi sekadar digunakan untuk bertanya soalan, mencari maklumat atau menghasilkan kandungan, sebaliknya teknologi itu kini mula memainkan peranan lebih besar dalam mengendalikan proses kerja sesebuah organisasi.

Perubahan itu menyaksikan AI semakin berupaya mentafsir maklumat, berinteraksi dengan pelbagai perisian serta menjalankan tugasan berbilang langkah secara automatik.

Advertisement

Jika sebelum ini penggunaan AI generatif lebih tertumpu kepada membantu manusia bekerja dengan lebih pantas, perkembangan ejen AI dan automasi pintar kini membuka kemungkinan untuk keseluruhan proses kerja disusun semula dengan campur tangan manusia yang lebih minimum.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Exodus Markets, Kezy Chong berkata, perubahan tersebut menyebabkan syarikat perlu mula melihat AI daripada perspektif yang lebih luas.

“Kebanyakan syarikat masih bertanya bagaimana pekerja boleh menggunakan AI. Namun, peluang yang lebih besar muncul apabila perniagaan mula bertanya bahagian mana dalam organisasi yang boleh direka semula berasaskan AI,” katanya.

Advertisement

Menurut Kezy yang juga penerima anugerah 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2025 (#100MIYE2025), memberikan akses kepada teknologi semata-mata belum mencukupi untuk membawa perubahan besar kepada sesebuah organisasi.

“Transformasi sebenar tidak berlaku hanya kerana sesebuah syarikat memberikan akses kepada chatbot AI kepada semua pekerjanya.

“Ia berlaku apabila kecerdasan mula dihubungkan dengan sistem, proses dan keputusan yang sebenarnya menggerakkan sesebuah perniagaan,” katanya.

Lebih 5,000 permohonan dalam beberapa bulan

Dalam usaha membawa pendekatan itu kepada penggunaan sebenar, Exodus Markets memperkenalkan Program Exodus A.C.T. atau AI Capability & Transformation.

Program tersebut memberi tumpuan kepada usaha membantu perniagaan mengenal pasti peluang penggunaan AI secara praktikal, termasuk merangka semula proses kerja yang berulang atau terpisah menerusi penglibatan mentor industri dan pakar teknologi.

Menurut syarikat itu, A.C.T. menerima lebih 5,000 permohonan dalam tempoh beberapa bulan selepas dilancarkan.

Dalam tempoh enam bulan terkini, syarikat yang berpangkalan di Singapura itu turut mendakwa kadar pendapatan tahunannya meningkat sehingga 10 kali ganda dan mencecah jutaan ringgit.

Malaysia Tribune turut melaporkan peningkatan berkenaan berdasarkan data syarikat. 

Kerja berjam-jam boleh dipendekkan

Exodus Markets turut memperkenalkan empat penyelesaian automasi iaitu ExoDrive untuk kecerdasan perusahaan, ExoDM bagi aliran kerja pemesejan, ExoDesk untuk operasi khidmat pelanggan dan suara serta ExoDynamic yang memberi fokus kepada pelaksanaan kempen pemasaran.

Berdasarkan data dalaman syarikat, penggunaan penyelesaian berkenaan dikatakan mampu meningkatkan kecekapan melebihi 50 peratus bagi aliran kerja tertentu dengan mengurangkan tugasan manual yang berulang. 

Kezy berkata, kesan penggunaan AI menjadi lebih jelas apabila teknologi berkenaan tidak lagi berada pada peringkat percubaan, sebaliknya digunakan untuk menyelesaikan proses kerja sebenar.

“Kesan AI menjadi lebih ketara apabila ia bergerak daripada eksperimen kepada aliran kerja sebenar.

“Jika sesebuah perniagaan boleh mengambil satu proses yang sebelum ini memerlukan berjam-jam penyelarasan manual dan mengurangkan masa serta campur tangan manusia dengan ketara, di situlah AI mula menghasilkan nilai perniagaan yang boleh diukur,” jelasnya.

Manusia masih ada peranan?

Perkembangan tersebut tidak semestinya bermaksud manusia akan terus diketepikan daripada dunia pekerjaan.

Sebaliknya, pendekatan yang diketengahkan memberi fokus kepada penggunaan AI untuk mengambil alih atau mengurangkan sebahagian proses manual dan berulang, sekali gus mengubah bagaimana tenaga manusia digunakan dalam sesebuah organisasi.

Bagi Kezy, persaingan pada masa hadapan juga bukan semata-mata mengenai siapa yang mempunyai teknologi AI paling baharu atau canggih.

“AI sedang meratakan padang persaingan. Kelebihan akan datang daripada keupayaan memahami di mana teknologi boleh mencipta nilai sebenar dan mereka bentuk semula perniagaan berdasarkan peluang tersebut,” ujarnya.

Perubahan itu menunjukkan persoalan mengenai AI kini semakin berkembang daripada sekadar “bagaimana hendak menggunakan AI” kepada bagaimana organisasi dan manusia perlu menyesuaikan cara mereka bekerja dalam era teknologi berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement