Skip to main content

Berita Tempatan

AI Bukan Lagi Sekadar ‘Pembantu’, Kini Mula Ambil Alih Sebahagian Proses Kerja Manusia

AI Bukan Lagi Sekadar ‘Pembantu’, Kini Mula Ambil Alih Sebahagian Proses Kerja Manusia

Sekilas

  • Kecerdasan buatan (AI) kini bukan sahaja membantu tugasan, malah mula mengambil alih sebahagian proses kerja dalam organisasi dengan campur tangan manusia yang minimum.
  • Program Exodus A.C.T. menerima lebih 5,000 permohonan, menunjukkan minat tinggi organisasi untuk menggunakan AI bagi menambah baik proses kerja dan meningkatkan kecekapan.
  • Penggunaan AI dan automasi dapat mengurangkan tugasan manual sehingga 50%, membolehkan tenaga kerja fokus pada tugas yang memerlukan kemahiran manusia dan mempercepatkan proses kerja yang kompleks.
Advertisement

Kecerdasan buatan (AI) kini memasuki fasa baharu apabila teknologi itu bukan lagi sekadar digunakan untuk membantu manusia menyiapkan tugasan, malah mula mengambil alih sebahagian proses kerja dalam sesebuah organisasi.

Perubahan itu menyaksikan sistem AI semakin berupaya mentafsir maklumat, berinteraksi dengan pelbagai perisian serta melaksanakan tugasan berbilang langkah secara automatik.

Advertisement

Jika sebelum ini AI generatif banyak digunakan untuk mempercepatkan tugasan seperti menghasilkan kandungan atau mendapatkan maklumat, perkembangan teknologi kini menyaksikan tumpuan beralih kepada penggunaan ejen AI.

Teknologi berkenaan mampu menjalankan sesuatu aliran kerja dengan campur tangan manusia yang minimum.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Exodus Markets, Kezy Chong berkata, perubahan tersebut turut menyebabkan organisasi perlu melihat semula bagaimana operasi harian mereka dilaksanakan.

Advertisement

Menurut Kezy, persoalannya kini bukan lagi sekadar bagaimana seseorang pekerja boleh menggunakan AI, tetapi bagaimana keseluruhan proses kerja sedia ada boleh disusun semula dengan bantuan teknologi tersebut.

“Transformasi sebenar berlaku apabila AI dihubungkan dengan sistem, proses dan keputusan yang menggerakkan perniagaan,” katanya.

Bagaimanapun, perkembangan tersebut tidak semestinya bermakna peranan manusia diketepikan.

Sebaliknya, AI dilihat sebagai alat yang boleh digunakan untuk mengurangkan tugasan berulang supaya tenaga kerja dapat memberikan lebih tumpuan kepada perkara yang memerlukan pertimbangan serta kemahiran manusia.

Dalam usaha melihat potensi itu secara lebih praktikal, Exodus Markets memperkenalkan Program Exodus A.C.T. yang memberi tumpuan kepada pengenalpastian proses kerja yang boleh ditambah baik menerusi penggunaan AI.

Program berkenaan dilaporkan menerima lebih 5,000 permohonan dalam tempoh beberapa bulan, sekali gus menunjukkan minat organisasi untuk mencari kaedah menggunakan AI melangkaui fungsi asas.

Pada masa sama, perkembangan ejen AI turut menyaksikan syarikat mula memberi perhatian terhadap penggunaan automasi dalam beberapa bidang termasuk pengurusan maklumat, pemesejan, khidmat pelanggan dan pemasaran.

Berdasarkan data dalaman Exodus Markets, penggunaan beberapa penyelesaian automasi dalam aliran kerja terpilih membantu mengurangkan tugasan manual serta meningkatkan kecekapan lebih 50 peratus.

Kezy berkata, nilai sebenar AI dapat dilihat dengan lebih jelas apabila teknologi tersebut digunakan untuk menyelesaikan proses kerja yang sebelum ini memerlukan masa dan penyelarasan manusia yang panjang.

“Apabila proses yang mengambil masa berjam-jam dapat dipendekkan dengan ketara, ketika itu AI mula menghasilkan nilai yang boleh diukur,” katanya.

Perkembangan tersebut memberi gambaran bahawa persaingan perniagaan pada masa hadapan mungkin bukan sahaja bergantung kepada siapa yang mempunyai teknologi AI paling canggih.

Sebaliknya, kemampuan organisasi menyesuaikan cara manusia bekerja dengan perkembangan AI juga berpotensi menjadi antara faktor penting dalam menentukan sejauh mana teknologi itu benar-benar memberikan manfaat.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement