Skip to main content

Rancangan TV

AIM24: Lagu Pop Terbaik Milik Aina Abdul - "Saya Tak Sangka…"

AIM Ainaa Abdul Lagu Pop

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul berjaya merangkul anugerah Lagu Pop Terbaik di Anugerah Industri Muzik 24 (AIM24).

Aina Abdul memenangi kategori tersebut menerusi lagu Jangan Mati Rasa Itu hasil ciptaannya.

Advertisement

Dalam nada sebak, pelantun lagu Terus Hidup itu meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.

“Saya rasa macam nak pitam, saya tak sangka kemenangan ini sebab lagu dalam kategori ini ada dalam playlist saya,” katanya terharu ketika menerima anugerah.

Dalam ucapan ringkas namun penuh makna itu, Aina juga berterima kasih kepada insan-insan terpenting dalam hidupnya.

“Saya nak berterima kasih kepada Allah SWT atas rezeki ini, kepada ibu saya yang sentiasa mendoakan saya, keluarga Aina Abdul Entertainment dan peminat-peminat saya, Ainations,” tambahnya.

Aina Abdul berjaya menewaskan pesaing sengitnya Hasrat (Amir Jahari), Santai (Faizal Tahir), Rahsia Tuhan (Noh Salleh) dan Aura (Ernie Zakri).

Must-Watch Video

Advertisement