Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat meluahkan rasa kurang senang apabila ada sesetengah individu yang tidak dikenali secara tiba-tiba memegang perutnya yang sedang hamil itu.
Menerusi perkongsian di Threads, Ayda sejujurnya tidak selesa dengan situasi tersebut namun tidak tahu bagaimana untuk menghentikannya.
"Kadang bila kita tak kenal dan datang terus pegang perut, tak tahu nak beri reaksi macam mana.
"Nak cakap tak selesa tapi tak terkeluar daripada mulut ni," tulisnya.
Dalam masa sama, Ayda akui serik apabila menerima beberapa soalan mengenai kandungannya sambil perut diusap.
"Siap usap perut sambil tanya berapa bulan dah, normal ke size ni, macam lelaki je, normal ke keluar ikut tingkap. Ok bai 'im done'," ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata netizen berkongsi cadangan buat Ayda untuk mengelakkan perutnya disentuh orang
"Elak je, lepastu cakap kita geli.
"Cakap maaf jangan pegang, tak selesa lepastu senyum.
"Pernah jadi, saya auto mengundur.
"Selalu kena padahal dah niat tak mahu orang lain sentuh perut," komen netizen.
Terdahulu, Ayda Jebat mengumumkan bakal menimang cahaya mata ketiga apabila mendedahkan kandungannya kali ini adalah bayi perempuan.
Sekadar rekod, Ayda mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ana Nayla dan Aali Mateen.