Skip to main content

Selebriti

Anak FOMO Nak Baby, Naddy Sushi Bakal Timang Anak? - "Time To Get Working"

Naddy Sushi Anak Fomo

Ringkasan AI

  • Naddy Sushi berkongsi gelagat anak sulungnya, Isma Shayiful, yang tiba-tiba FOMO dan mahu adik baharu.
  • Isma mula teringin adik selepas melihat rakan-rakannya di sekolah mempunyai adik sendiri.
  • Naddy terkejut kerana sebelum ini Isma tidak pernah menunjukkan minat untuk ada adik-beradik.
  • Netizen terhibur dengan telatah Isma dan mendoakan Naddy dikurniakan rezeki cahaya mata lagi.
  • Naddy berkahwin dengan Epul Eusoff pada 2018 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Isma Shayiful, pada 2020.

Pempengaruh terkenal, Naddy Sushi mencuri perhatian apabila berkongsi gelagat anak sulungnya, Isma Shayiful yang tiba-tiba FOMO dan menyuarakan hasrat untuk mempunyai adik baharu.

Menerusi perkongsian di Threads, Naddy atau nama sebenarnya Nadhirah Zamani berkata permintaan Isma itu cukup mengejutkan kerana sebelum ini anaknya tidak pernah menunjukkan minat untuk mempunyai adik-beradik.

Apa yang lebih mencuit hati, Isma mengakui dia mula teringin memiliki adik selepas melihat rakan-rakan di sekolah mempunyai adik sendiri.

"Perkara ini akhirnya terjadi, anak saya inginkan adik baharu. Sebelum ini dia tidak pernah inginkan adik beradik, namun bila ditanya sebab kawan-kawan di sekolah semua ada baby. Dia fomo. Masa untuk bekerja," tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan telatah Isma sambil mendoakan agar Naddy dikurniakan rezeki cahaya mata lagi.

"Saya teringin nak tengok Naddy versi kecil.

"Comel la Isma. Selamat maju jaya Naddy. Awak boleh berseronok dengan adik-beradik, kenapa tidak untuk Isma juga kan.

"Isma junior girl is coming soon.

"Harap Naddy dapat bayi perempuan lepas ni.

"Comelnya Isma FOMO. Goodluck Naddy," komen netizen.

Sekadar rekod, Naddy mendirikan rumah tangga bersama pempengaruh Epul Eusoff pada tahun 2018.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Isma Shayiful pada 6 Ogos 2020.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement