Anak kepada pelakon, Datuk Aaron Aziz iaitu Dwi Ariana meluahkan rasa terkilannya terhadap nasib yang ditimpa ayahnya kerana menjadi mangsa buli susulan dari kecaman hebat netizen berhubung isu Palestin baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya, anak kedua Aaron itu menegaskan dia boleh menerima segala bentuk kecaman pada dirinya namun tidak pada ibu bapa tercintanya.
Advertisement
"Buli ini sangat teruk. Sepanjang 19 tahun hidup saya, saya hanya pernah melihat ayah saya menangis dua kali je, sekali ketika nenek meninggal dunia dan sekali lagi malam tadi. Belum lagi ibu saya pula nangis.
"Ayah saya adalah insan paling kuat yang saya kenal, tapi dia juga manusia biasa. Saya boleh terima apa sahaja kritikan yang ditujukan kepada saya, tetapi saya tidak dapat menerima apabila ibu bapa saya berada dalam kesedihan.
Tambahnya, dia tidak akan teragak-agak membawa perkara ini kepada pihak berkuasa demi menuntut pembelaan serta memulihkan maruah pelakon yang terkenal menerusi filem Ombak Rindu itu.
"Jadi, sudah tentu kami akan membawa perkara ini ke mahkamah, saya tidak peduli jika dia terpaksa hidup di jalanan atau berurusan dengan Ah long, mahupun tentang kecaman yang diterimanya sekarang.
"Tetapi, @sharinarichie, kamu boleh saja jual koleksi kereta mewah kamu itu memandangkan kamu berhasrat nak beli Porsche, rasanya tak jadi masalah kan," tulis anaknya.
Terdahulu, tular satu video suntingan yang menunjukkan seolah-olah aktor asal Singapura itu mempertikaikan tindakan aktivis kemanusiaan GSF, sekali gus membuatkan dia menerima pelbagai kecaman daripada netizen.
Aaron kemudian tampil mempertahankan diri dan meminta netizen menonton rakaman penuh temu bual berkenaan sebelum membuat sebarang andaian.
Dalam rakaman temu bual berlangsung dua minggu lalu, Aaron berpendapat selebriti tidak wajar dipaksa untuk bersuara mengenai isu Gaza dalam akaun media sosial mereka demi memenuhi kehendak netizen.
Tegas Aaron, dia tidak pernah mempertikai usaha mana-mana pihak dalam menyokong dan membantu rakyat Palestin.
Sekadar rekod, Aaron berkahwin denngan Diyana Dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, 19, Dwi Ariana,17, dan Dahlia Arissa, 13 tahun.