Sekilas
- Aniq Suhair meluahkan rasa hormat terhadap peniaga dalam talian yang mampu raih keuntungan ratusan ribu sehari.
- Aniq akui sukar untuk dapat 500 tempahan dalam sehari dan anggap ia satu cabaran besar.
- Beliau tekankan kejayaan perniagaan perlukan branding, marketing, konsisten dan kegigihan bertahun-tahun.
Pelakon, Aniq Suhair meluahkan rasa hormat terhadap peniaga dalam talian yang mampu meraih keuntungan mencecah ratusan ribu ringgit dalam sehari.
Menerusi perkongsian di Threads, Aniq mengakui dia sendiri tidak mampu mencapai tahap tersebut, malah mendapatkan 500 tempahan dalam sehari pun dianggap sukar.
“Gila respect mereka yang berniaga online boleh buat ratus-ratus ribu dalam sehari. Bukan senang. Aku nak cekau 500 order sehari pun susah. Berdarah tekak,” tulisnya.
Bagaimanapun, Aniq percaya kejayaan dalam perniagaan memerlukan kegigihan dan konsistensi yang tinggi.
Malah, katanya, hasil yang dilihat sebenarnya telah melalui perjalanan yang panjang dan mengambil masa bertahun-tahun.
“Tapi apa-pun, semuanya mengenai branding, marketing, konsisten dan kegigihan. Yang nampak hasil itu mungkin sehari tetapi perjalanan nak sampai ke situ bertahun-tahun. Masing-masing ada perjalanan sendiri. Yang penting, jangan berhenti sampai kita dapat apa yang kita nak. Jalan terus,” katanya.