Sekilas
- Atikah Suhaimie berkongsi pengalaman terkencing dalam seluar selepas mengangkat anak sulungnya, Lyla Mulan.
- Dia mendapati melalui ChatGPT bahawa kejadian itu mungkin disebabkan pengambilan kopi yang tinggi kerana jadual sibuk menguruskan perniagaan.
- Atikah mengakui sukar menjalankan tugas harian tanpa kopi sejak mula sibuk dengan perniagaan Zaitun dan jenama Angry Koala.
Pelakon, Atikah Suhaimie berkongsi pengalaman peribadi apabila dia terkencing di dalam seluar sebaik sahaja mengangkat putri sulungnya, Lyla Mulan.
Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama penuh Nur Atikah Suhaime itu berkonngsi bahawa dia sempat membuat pertanyaan di aplikasi ChatGPT dan mendapati bahawa kejadian tersebut terjadi berkemungkinan disebabkan oleh pengambilan kopi yang tinggi.
"Baru-baru ini saya mula terkencing dalam seluar selepas sahaja angkat Mulan. Bila saya tanya chatGPT, dia cakap sebab kemungkinan terlalu banyak minum kopi," tulisnya.
Tidak menafikan perkara tersebut, aktres drama Cinta Tiada Ganti itu mengakui bahawa dia kerap mengambil kopi sejak kebelakangan ini susulan jadualnya yang sibuk menguruskan perniagaan miliknya.
Menurutnya, dia sukar melakukan tugasan harian tanpa mengambil kopi.
"Saya akui saya ada minum dalam beberapa hari ini sebab saya dah mula sibuk balik di Zaitun dan jenama Angry Koala saya. Jadi, saya tak boleh buat buat kerja tanpa kopi," ujarnya.

Sekadar info, Atikah telah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Lokman Teh pada Januari 2024.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Lyla Mulan pada 8 Mac lalu.