Skip to main content

Selebriti

Atiq Azman Panjat Syukur, Bakal Timang Anak Lelaki Sulung! - "Tak Sabar Nak Jumpa..."

Atiq Azman Baby Boy

Pelakon, Atiq Azman mengumumkan bahawa dia dan isteri tercintanya, Alia Natasha bakal menimang cahaya mata pertama mereka.

Perkongsian tersebut dibuat menerusi hantaran di platform Instagram miliknya, dia dan Alya mengadakan majlis 'gender baby reveal' di sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh keluarga dan sahabat handai.

Advertisement

"Sebuah malam yang pasti diingati. Alahmdulillah untuk kurniaan indah, anak lelaki kami 'on the way'.

"Kami sangat bersyukur untuk momen ini dan setiap orang yang berkongsi kegembiraan ini dengan kami," tulisnya.

Dalam masa sama, Atiq turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir memeriahkan majlis tersebut dan akui tidak sabar untuk berjumpa dengan putera sulungnya.

"Terima kasih pada keluarga tercinta dan sahabat yang sanggup datang ke sini untuk meraikan hari penuh gemilang ini yang dipenuhi dengan cinta dan gelak tawa.

"Tak sabar nak jumpa putera kecil kami nanti, InshaAllah," tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menitipkan ucapan tahniah buat pelakon yang terkenal menerusi drama Nur itu dan mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan.

Sekadar rekod, Atiq sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya iaitu Alia pada 21 Februari 2025 dan disatukan di Majid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan setelah empat bulan mengikat tali pertunangan.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement