Skip to main content

Berita

Atlet Golf Tidak Diculik, ‘Lari’ ke Bangkok Sebab Keluarga Rasa Bakal Suami Tak Setaraf

Atlet Golf Tidak Diculik, ‘Lari’ ke Bangkok Sebab Keluarga Rasa Bakal Suami Tak Setaraf

Sekilas

  • Polis mengesahkan atlet golf Indonesia, Jesslyn Wijaya, tidak diculik dan berada di Bangkok atas kehendaknya sendiri sejak 13 Julai lalu.
  • Bakal suaminya, Evan, melalui peguamnya, menyatakan kekecewaan kerana Jesslyn didakwa memberi kenyataan di bawah tekanan dan menutup fakta sebenar.
  • Punca ketegangan termasuk penolakan keluarga Jesslyn terhadap hubungan mereka kerana faktor ekonomi yang dianggap tidak setaraf.
Advertisement

Sejak beberapa minggu lalu, kisah atlet golf Indonesia, Jesslyn Wijaya dilaporkan hilang dan diculik menjadi salah satu berita hangat media tempatan.

Namun selepas penyelidikan, pihak polis menghentikan siasatan selepas mendapati wanita itu bukan diculik dan tiada unsur jenayah dalam kehilangannya sejak 13 Julai lalu.

Advertisement

Kini kisahnya menjadi perhatian selepas polis mengesahkan wanita itu tidak diculik dan berada di Bangkok, Thailand atas kemahuannya sendiri.

Perkembangan tersebut berlaku selepas sebelum ini timbul dakwaan mengenai keberadaan Jesslyn di luar negara, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai keadaan sebenar yang dilalui atlet berkenaan.

Menerusi satu kenyataan kepada pihak polis, atlet itu memaklumkan keputusannya untuk pergi ke Bangkok dibuat atas kehendaknya sendiri.

Kenyataan itu dikatakan mengecewakan bakal suaminya, Evan, 37, yang melalui peguamnya mendakwa terdapat beberapa perkara yang tidak selari dengan apa yang pernah berlaku sebelum ini.

Peguam Evan, Andi Darti, mendakwa anak guamnya sedih dengan tindakan Jesslyn yang dilihat seolah-olah menutup fakta sebenar ketika memberikan keterangan kepada pihak polis.

“Kalau daripada pihak Evan sendiri, dia sebenarnya agak kecewa kerana menyangka Jesslyn akan mempertahankan dirinya. Namun, dia sebaliknya membuat kenyataan yang sememangnya sangat tidak diharapkan oleh Evan.

“Kami menilai kenyataan itu dibuat di bawah tekanan,” ujar Andi ketika dihubungi Kompas.

Menurut Andi, pihaknya mengesan beberapa kejanggalan dan mengesyaki Jesslyn memberikan kenyataan tersebut akibat tekanan daripada keluarganya.

Malah dia mendakwa, faktor ekonomi menjadi antara punca utama hubungan Jesslyn dan Evan tidak mendapat restu keluarga.

Menurutnya, ibu Jesslyn dikatakan tidak bersetuju anaknya berkahwin dengan Evan kerana latar belakang ekonomi lelaki itu dianggap tidak setaraf dengan keluarga Jesslyn.

“Secara prinsipnya, ibu bapanya memang tidak pernah bersetuju Jesslyn berkahwin dengan seseorang yang ekonominya jauh di bawah (tak setaraf) mereka.

“Jadi ini adalah tentang masalah ekonomi, termasuklah dengan Evan,” jelas Andi.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement