Skip to main content

Viral

Atlet Hyrox 'Tercirit' Ketika Pertandingan Mohon Maaf, Tarik Balik Kemenangan

Atlet Hyrox 'Tercirit' Ketika Pertandingan Mohon Maaf, Tarik Balik Kemenangan

Sekilas

  • Atlet Australia, Joanna Wietrzyk, memohon maaf dan menarik balik kemenangannya selepas menghadapi masalah kesihatan semasa pertandingan kecergasan Hyrox di Beijing.
  • Insiden tersebut mencetuskan kontroversi dan perdebatan mengenai kebersihan serta prosedur keselamatan penganjur, yang turut memohon maaf dan berjanji memperbaiki pengurusan acara.
  • Hyrox menegaskan tiada tempat untuk gangguan terhadap atlet dan mengingatkan orang ramai supaya tidak mengancam Joanna selepas identitinya tersebar di media sosial.
Advertisement

Seorang atlet Australia, Joanna Wietrzyk, memohon maaf dan mengumumkan penarikan semula kemenangannya selepas tercetus kontroversi susulan insiden yang berlaku ketika pertandingan kecergasan Hyrox di Beijing pada Sabtu lalu.

Wietrzyk berkata beliau kesal kerana memilih untuk meneruskan perlumbaan walaupun berdepan masalah kesihatan yang tidak dijangka sepanjang saingan tersebut.

Advertisement

Dalam kenyataan yang dimuat naik di media sosial, beliau menyampaikan permohonan maaf kepada peserta lain, penonton, penganjur dan rakyat China yang terkesan dengan insiden berkenaan.

“Saya mengakui tindakan saya memberi kesan kepada orang lain dan saya benar-benar kesal. Apabila mengimbas semula kejadian itu, saya sepatutnya membuat keputusan berbeza dan meninggalkan perlumbaan,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa dirinya berada dalam keadaan sihat sebelum perlumbaan bermula dan tidak menjangkakan sebarang masalah kesihatan akan berlaku ketika bertanding.

Advertisement

Susulan kritikan yang diterima, Wietrzyk memutuskan untuk melepaskan kemenangan yang diraihnya dalam acara tersebut.

Insiden itu mendapat perhatian meluas selepas rakaman perlumbaan tular di media sosial, sekali gus mencetuskan perdebatan mengenai aspek kebersihan serta pelaksanaan prosedur keselamatan oleh pihak penganjur.

Pengasas bersama Hyrox, Moritz Furste, turut memohon maaf terhadap cara situasi itu dikendalikan dan berjanji menambah baik proses pengurusan acara bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Dalam kenyataan berasingan, Hyrox menjelaskan organisasi itu mempunyai prosedur kesihatan dan keselamatan yang jelas, namun mengakui berlaku kekeliruan dalam pelaksanaan protokol ketika insiden berkenaan.

Pada masa sama, penganjur mengingatkan orang ramai supaya tidak mengganggu atau mengugut atlet tersebut susulan penyebaran identitinya di media sosial.

Hyrox menegaskan tiada tempat untuk sebarang bentuk gangguan atau ancaman terhadap atlet dalam komuniti sukan itu.

Hyrox ialah pertandingan kecergasan yang menggabungkan larian dengan beberapa cabaran fizikal seperti menolak beban, lompat burpee, mendayung dan berjalan sambil membawa beban. Sukan itu semakin mendapat perhatian di seluruh dunia sejak diperkenalkan di Hamburg, Jerman pada 2017.

Sumber: Astro AWANI



 

Anda mungkin berminat dengan

Wilson Blaze Strikefoam Pro 13 Pickleball Paddle WR205511U2

Wilson Blaze Strikefoam Pro 13 Pickleball Paddle WR205511U2

adidas Unisex X Speedportal.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GZ5109) Sport Planet 67-02

adidas Unisex X Speedportal.1 FG Outdoor Boot Football Shoe (GZ5109) Sport Planet 67-02

OKDSHOP Men's Thermal Underwear Set, Fleece Lining Cold Weather Warm Long Johns for Men, High Elasticity Winter Top & Bottom Set

OKDSHOP Men's Thermal Underwear Set, Fleece Lining Cold Weather Warm Long Johns for Men, High Elasticity Winter Top & Bottom Set

Puma Unisex Adults Orbita Ply Lights Football (Yell-Mulcolor) - Sports Direct Size 5

Puma Unisex Adults Orbita Ply Lights Football (Yell-Mulcolor) - Sports Direct Size 5

Nike Control Soccer Ball - White [HV4395-100]

Nike Control Soccer Ball - White [HV4395-100]

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Must Watch Video

Advertisement