Skip to main content

Filem

Banduan: Tangan Cedera & Banyak Scene Ditunda, Aaron Aziz Tetap Teruskan Lakonan - "Show Must Go On..."

Aaron aziz banduan lori

Pelakon, Datuk Aaron Aziz berkongsi pengalamannya berdepan pelbagai cabaran dan rintangan ketika membawa watak Dali dalam filem Banduan.

Aaron atau nama penuhnya Aaron Mustapha Aziz berkata antara momen yang paling diingatinya ialah ketika dia perlu mengendalikan sebuah lori dalam filem berkenaan.

Advertisement

Aaron mendedahkan bahawa babak berkenaan terpaksa ditunda banyak kali atas sebab masalah teknikal lori berkenaan sehingga menyebabkan kru produksi bekerja lebih masa untuk menyempurnakan babak tersebut.

"Scene lori adalah paling banyak sekali isu seperti masalah break, gear dan rosak sehingga banyak kali kami terpaksa tunda hari pengembaraan. Kru produksi pun bekerja keras dari pagi hingga ke malam untuk untuk memastikan pengembaraan berjalan dengan lancar.

"Kadang-kadang saya juga ada melakukan kesilapan seperti tersalah masuk gear. Ini kerana lori itu tidak boleh memasuki gear satu dan gear dia tidak seperti kereta biasa. Saya pun tidak tahu mana satu gear yang betul, saya redah sahaja dan kadang break dia tak cukup kuat atau kurang kuat," katanya.

Bagaimanapun, anak kelahiran Singapura itu tetap memandang perkara tersebut dari sudut positif kerana menganggap ia adalah pengalaman serta pembelajaran bermakna buatnya.

"Walaupun agak mencabar, saya anggap ini adalah sebahagian dari pembelajaran juga," ujarnya.

Dalam masa sama, Aaron meluahkan rasa syukur apabila hanya sebahagian tangannya sahaja yang cedera semasa mengendalikan kenderaan itu dan kecederaannya juga tidak serius.

"Apa yang paling penting ialah  tiada sebarang kecederaan yang serius cuma ada sekali itu, kamera terhentak tangan saya ketika saya berhentikan kenderaan dan bahagian tangan saya ada terkoyak sikit  tetapi lakonan tetap perlu diteruskan," tambahnya.

Filem Banduan arahan Kroll Azry bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 6 November ini.

Filem aksi ini diadaptasi daripada filem pecah panggung India iaitu Kaithi.

Selain Aaron, filem ini akan menampilkan barisan pelakon terkenal tanah air seperti Datuk Rosyam Nor, Datuk Afdlin Shauki, Husyairi Hussain, Fadhli Masoot, Abi Madyan dan ramai lagi.

Must-Watch Video

Advertisement