Skip to main content

Viral

Banyak Kali Turun Naik Mahkamah, ‘Founder’ Tetap Percaya Sistem Kehakiman - “Sudah Tentu Perkara Ini Memberi Tekanan…”

Dr Nor Atiqah

Sekilas

  • Dr Nor Atiqah Mohamad Alwi sedang melalui proses perbicaraan kes penyalahgunaan wang syarikat A2 Wax Sdn. Bhd. yang masih berjalan hampir separuh sesi di Mahkamah Terengganu.
  • Beliau mengakui tekanan emosi sepanjang proses perundangan sejak 2022 tetapi tetap meneruskan urusan perniagaan dan menghargai sokongan keluarga serta pekerja.
  • Atiqah yakin dengan sistem kehakiman negara dan menasihatkan orang lain agar tidak berputus asa dalam mencari keadilan.
Advertisement

Usahawan dan pengarah syarikat, Dr Nor Atiqah Mohamad Alwi, memberitahu dia meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap sistem kehakiman negara dalam mengendalikan pertuduhan kes membabitkan syarikat A2 Wax Sdn. Bhd.

 

Advertisement

Menurut Nor Atiqah,37, prosiding kes berkenaan masih dalam proses perbicaraan dan kini sudah hampir separuh daripada sesi perbicaraan. 

 

“Seperti berita yang pernah disiarkan pada 2025, saya didakwa di mahkamah Terengganu membabitkan kes syarikat saya.

 

“Kes itu masih dalam prosiding dan saya diwakili peguam, Tuan Muhammad Rafique Rashid Ali. Setakat ini, perbicaraan sudah melalui hampir separuh proses dan mungkin berbaki dua saksi lagi.

 

“Buat masa ini, saya masih menunggu tarikh pada Oktober bagi sesi perbicaraan seterusnya. Untuk perkembangan lanjut mengenai kes itu, saya serahkan kepada peguam untuk memberikan penjelasan,” katanya.

 

Pun begitu, beliau mengakui bukan mudah untuk berdepan sepanjang proses perundangan sejak daripada tahun 2022, malah ia turut memberikan tekanan kepada emosinya. 

 

“Sudah tentu perkara ini memberikan tekanan kerana saya berdepan dengan kes mahkamah sejak 2022. Tekanan dan kebimbangan itu memang ada.

 

“Saya masih meneruskan urusan harian termasuk mengendalikan perniagaan seperti biasa dan bersyukur kerana sepanjang proses ini, saya dipertemukan dengan individu yang baik dan banyak membantu,” luahnya.

 

Menurutnya, pengalaman berdepan kes berkenaan ini turut memberi impak kepadanya lebih-lebih lagi melibatkan soal kepercayaan.

 

Malah, kejadian ini membuatkannya lebih berhati-hati dalam memberikan kepercayaan melibatkan urusan peniagaan.

 

“Selepas melalui proses ini, saya lebih berhati-hati dalam memberikan kepercayaan kepada orang lain. Ia mengajar saya untuk menilai dengan siapa kita boleh meletakkan kepercayaan dan sejauh mana kepercayaan itu wajar diberikan.

 

“Dalam masa sama, saya menyedari bahawa saya mempunyai pekerja yang baik kerana mereka terus bersama saya ketika berdepan keadaan sukar,” luahnya lagi. 

 

 Tambah Atiqah, dia pernah rasa kecewa kerana mendakwa pihak bertanganggungjawab seolah-olah tidak menjalankan tugas dan amanah sewajarnya.

 

“Kita sebagai rakyat biasa tentunya berharap kepada pihak yang diberikan amanah dan kuasa untuk membantu serta melindungi kepentingan rakyat.

 

“saya berharap pihak yang diberikan tanggungjawab dan kuasa dapat melaksanakan amanah dengan sebaik-baiknya serta tidak menyalahgunakan kuasa,” ujarnya.

 

Sementara itu, beliau tetap yakin terhadap sistem kehakiman negara dan berharap kes ini dapat diputuskan berdasarkan proses perundangan yang adil.

 

“Saya percaya sistem kehakiman kita dan berharap serta doa agar kes ini dapat dibicarakan secara adil dan diselesaikan dengan sebaik-baiknya.

 

“Saya bersyukur keluarga sentiasa memberikan sokongan dan berterima kasih kepada peguam saya, Tuan Rafique Rashid, yang membantu saya sepanjang proses kes ini,” tambahnya.

 

Dalam pada itu, Atiqah turut menasihatkan individu yang berdepan situasi sama untuk tidak berputus asa dalam mendapatkan keadilan sewajarnya.

 

“Jika ada yang melalui pengalaman seperti saya, kita perlu terus bangkit dan percaya bahawa kebenaran akhirnya akan diketahui.

 

“Saya hanya mengharapkan keadilan sebaik-baiknya dan percaya kepada sistem kehakiman negara,” kongsinya.

 

Terdahulu, Nor Atiqah dan suaminya telah didakwa atas kes penyalahgunaan wang milik syarikat A2 Wax Sdn. Bhd. sebanyak RM49,000 antara 29 Ogos hingga 23 November 2021 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. 

 

Dalam pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan wang syarikat sebanyak RM7,000 pada 31 Januari 2022.

 

Pasangan ini didakwa mengeluarkan dan menggunakan cek tunai untuk membayar sewa premis di alamat sama yang didakwa merupakan kediaman mereka bertempat di Bandar 16 Sierra, Puchong, Selangor.

 

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

 

Bagaimanapun, Atiqah mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement