Skip to main content

Berita

Baring Paling Lama Dapat Lebih RM1,000

Astrogempak BARING

Sekilas

  • Sebuah pusat beli-belah di Sleman, Yogyakarta menganjurkan pertandingan berbaring paling lama dengan hadiah wang tunai 5 juta rupiah (RM1,115).
  • Peserta dilarang makan, minum, bangun, guna telefon atau ke tandas sepanjang pertandingan berlangsung.
  • Video pertandingan di TikTok meraih lebih 3.5 juta tontonan dan mendapat pelbagai reaksi netizen.
Advertisement

Sebuah pusat beli-belah di Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta mengundang perhatian orang ramai apabila mengadakan pertandingan berbaring paling lama dengan pemenang akan menerima wang 5 juta rupiah (RM1,115), lapor portal berita Sumut Pos. 

Pertandingan itu diadakan di Jogja City Mall, baru-baru ini. 

Advertisement

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan sejumlah peserta sedang berbaring di atas tilam. 

Mereka tidak dibenarkan untuk makan, minum, bangun dari tilam, menggunakan telefon serta pergi ke tandas. 

Peserta yang berbaring paling lama tanpa tertidur akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak 5 juta rupiah. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 3.5 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

Advertisement

“Pertandingan ini sesuai dengan minat saya,” kata seorang netizen. 

“Akhirnya, berbaring bukan lagi dianggap sebagai malas tetapi profesional,” kata pengguna media sosial lain.

Sumber: Kosmo

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement