Skip to main content

Berita

Belanjawan 2027: Peruntukan Cecah RM459.8 Bilion, Gaji Minimum Naik RM2,000, Pelepasan Cukai M40 Dinaikkan

Belanjawan 2027: Peruntukan Cecah RM459.8 Bilion, Gaji Minimum Naik RM2,000, Pelepasan Cukai M40 Dinaikkan

Sekilas

  • Kerajaan memperuntukkan RM459.8 bilion untuk Belanjawan 2027, meningkat RM40.6 bilion berbanding tahun sebelumnya.
  • Gaji minimum kebangsaan dinaikkan daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai Jun 2027, manakala dasar gaji lantai baharu RM2,500 diperkenalkan untuk pekerja separa mahir dan graduan.
  • Golongan M40 akan menerima pelepasan cukai lebih tinggi dan pengurangan kadar cukai, dengan peruntukan subsidi dan bantuan melebihi RM80 bilion untuk tahun hadapan.
Advertisement

Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM459.8 bilion bagi Belanjawan 2027, meningkat sebanyak RM40.6 bilion berbanding tahun sebelumnya. 

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Belanjawan MADANI Kelima bertemakan ‘Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi’ itu memberi tumpuan kepada usaha merapatkan jurang upah rakyat di samping menstruktur semula sistem percukaian negara. 

Advertisement

Jelas beliau, ukuran sebenar kejayaan sesebuah belanjawan bukan terletak pada besarnya angka atau tebalnya dokumen dasar, sebaliknya sejauh mana ia menjamin kehidupan rakyat yang bermaruah. 

"Ukuran Belanjawan bukan pada tebalnya dokumen, besarnya peruntukan atau banyaknya pengumuman. 

"Ukurannya malah jauh lebih asas, yakni adakah lebih ramai rakyat dapat hidup dengan bermaruah, dan apakah Malaysia yang kita serahkan kelak kepada generasi seterusnya lebih adil daripada Malaysia yang kita warisi," katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (2027) di Dewan Rakyat pada Jumaat. 

Advertisement

Antara pengumuman tumpuan termasuk kenaikan kadar gaji minimum kebangsaan daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan berkuat kuasa mulai Jun 2027, dengan pengecualian diberikan kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang merekodkan jualan bawah RM50 juta. 

Bagi pekerja separa mahir dan graduan pula,  Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memperkenalkan dasar gaji lantai baharu bermula pada kadar RM2,500 sebulan. 

Sementara itu, golongan berpendapatan pertengahan (M40) bakal menerima suntikan lebihan tunai boleh guna sehingga RM1,600 susulan kenaikan had pelepasan asas cukai individu daripada RM9,000 kepada RM12,000, selain pengurangan satu mata peratusan kadar cukai pendapatan bagi banjaran RM70,000 hingga RM150,000. 

Anwar menambah, jumlah peruntukan bagi tujuan subsidi, bantuan dan insentif pada tahun hadapan ditetapkan melebihi RM80 bilion bagi melindungi kebajikan segenap lapisan masyarakat walaupun negara berdepan kos subsidi bahan api yang kekal tinggi mencecah RM40 bilion. 

Sumber: AWANI

Anda mungkin berminat dengan

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

🇲🇾 DESINCE Men Chino Smart Casual Relaxed Pant Straight Tapered Trouser Long Pant Seluar Panjang Lelaki Slack MP 068

Must Watch Video

Advertisement