Pempengaruh dan personaliti media sosial, Leona mencuri perhatian ramai apabila berkongsi kereta pertama yang baru dibelinya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di laman TikTok, Leona atau nama penuhnya Kasih Iris Leona Azhar memperlihatkan kereta elektrik jenama tempatan miliknya, Proton eMas berwarna merah jambu.
Advertisement
“Kereta pertama saya,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet memuji Leona atas pilihannya menyokong produk keluaran Malaysia.
“Dia mampu je beli BMW, MERC tapi dia lebih pilih untuk sokong produk Malaysia. Terbaik Leona.
“Yang penting dia beli produk tempatan.
“Tahniah Leona, awak satu-satunya remaja Malaysia yang sokong kereta tempatan. Teruskan," komen netizen.
Namun begitu, tidak kurang juga yang lebih tertarik dengan nombor plat kenderaan milik Leona iaitu "PHM 1", yang didakwa jauh lebih mahal berbanding harga keretanya.
“Nombor plat dia entah-entah lagi mahal dari harga kereta dia.
“Nombor plat je dah boleh beli lagi sebiji eMas.
“Aku tak kisah pasal kereta tu, sekarang aku kisah nombor plat dia tu,” tambah mereka lagi.
Sekadar info, Leona merupakan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman dan Chempaka Emalin Pahamin.
Dia juga mempunyai pasangan kembar, Andika Rees Pahamin, serta seorang kakak, Kasih Leia Ixora.