Skip to main content

Berita

Berang Kena Hon, Lelaki Tetak Penunggang Motosikal

Astrogempak TETAK

Sekilas

  • Seorang lelaki berang selepas dibunyikan hon dan menetak penunggang motosikal menggunakan pisau pemotong daging di Lebuh Raya Persekutuan, Shah Alam.
  • Kejadian berlaku sekitar jam 7 pagi ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di Kuala Lumpur dan suspek tidak puas hati dengan tindakan hon tersebut.
  • Suspek ditahan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, manakala mangsa dirawat di Hospital Shah Alam.
Advertisement

Berang akibat dibunyikan hon, seorang lelaki bertindak menetak seorang penunggang menggunakan pisau pemotong daging dalam kejadian di laluan motosikal Lebuh Raya Persekutuan, Seksyen 13, Shah Alam pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian MERS 999 berhubung kejadian itu pada jam 8.19 pagi.

Menurutnya, siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika mangsa, lelaki tempatan berusia 45 tahun, dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kuala Lumpur.

Advertisement

"Semasa melalui laluan motosikal di Lebuh Raya Persekutuan Seksyen 13, mangsa telah membunyikan hon terhadap seorang penunggang motosikal yang dipercayai menghalang laluannya.

"Bagaimanapun, suspek lelaki tempatan berusia 43 tahun itu tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang membunyikan hon itu," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sarudin berkata, suspek kemudian bertindak memberhentikan motosikalnya di tepi jalan sebelum menyerang mangsa menggunakan sebilah pisau pemotong daging.

"Akibat serangan itu, mangsa mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Suspek kemudian ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohammad Amirul Zulkifli di talian 012-5583436 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement