Skip to main content

Berita

Berhenti Berlakon, Bintang Korea, Choi Kang Hee Seronok Kemas Rumah Rakan Artis

Astrogempak KOREA

Sekilas

  • Pelakon senior Choi Kang Hee yang terkenal dengan filem dan drama popular mengumumkan berhenti berlakon sejak 2021 kerana tidak gembira dengan kerjayanya.
  • Selepas berhenti, dia menukar nombor telefon, menolak tawaran lakonan, dan memilih untuk mencuba pekerjaan biasa seperti mencuci pinggan dan mengemas rumah rakan artis.
  • Kang Hee kini menjalani kehidupan lebih tenang tanpa kontroversi, mendalami ilmu penulisan dan menjaga privasi rakan artis sebagai deejay dan pekerja kebersihan.

Memulakan karier sejak tahun 1995, seorang pelakon senior yang cukup terkenal dengan pelbagai karya memutuskan meninggalkan dunia hiburan selepas mengaku tidak gembira dengan pekerjaannya.

Ironi, Choi Kang Hee sangat popular dan karya akonannya termasuk filem Whispering Corridors, Goodbye Mom dan Petty Romance,serta drama siri Protect the Boss, School 1 dan Hello, Me! Despite. Namun pada 2021 dia mengumumkan berhenti menjadi pelakon.

Menurutnya selepas memberitahu keluarga dia ingin berhenti berlakon sekitar tiga tahun lalu, Kang Hee juga meminta pihak agensi menukar nombor telefon dan menolak semua tawaran yang datang. Dia hanya ingin mencuba sesuatu yang baharu dalam kehidupannya.

Sejak berhenti, Kang Hee, 48, mengaku hidupnya lebih tenang dan jauh dari kontroversi. Kang Hee malah memberitahu melakukan beberapa pekerjaan seperti orang biasa untuk meneruskan kehidupannya.

Selain mendalami ilmu penulisan, Kang Hee memberitahu pekerjaan baharunya  termasuk mencuci piring di sebuah restoran dan sebagai pembersih atau tukang kemas kediaman rakan artis, katanya sewaktu muncul dalam acara MBC Point of Omniscient Interfere seperti dilaporkan Koreaboo.

Kang Hee yang juga seorang deejay ini  memberitahu dia bukan hanya bertanggungjawab menjaga kebersihan rumah tetapi keselamatan yang ketat untuk melindungi privasi mereka.

“Dan sekarang saya hanya hidup macam biasa tanpa melakukan pelaburan atau apapun,” katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Must Watch Video

Advertisement