Skip to main content

Selebriti

Berkat Pujukan Peminat, Penganjur Ultra Kalcer Malaysia 2026 Berjaya 'Lock' Hindia - "Kami Tak Sempat Berjumpa Kerana..."

Berkat Pujukan Peminat, Penganjur Ultra Kalcer Malaysia 2026 Berjaya 'Lock' Hindia - "Kami Tak Sempat Berjumpa Kerana..."

Sekilas

  • Penganjur Ultra Kalcer Malaysia 2026, Mohd Izwan Johar, berkongsi cabaran terbesar ialah mendapatkan penyanyi Indonesia, Hindia, sebagai headliner festival.
  • Setelah hampir berputus asa, bantuan kelab peminat Hindia di Malaysia membantu memujuk penyanyi itu untuk mengesahkan penyertaannya minggu lalu.
  • Festival ini menampilkan artis dan kumpulan yang berbeza dari festival lain untuk memberikan variasi unik dan akan berlangsung pada 7 dan 8 November di KL Festival Park.
Advertisement

Penganjur, Mohd Izwan Johar berkongsi cabaran terbesar dalam menganjurkan festival Ultra Kalcer Malaysia 2026 ialah bagi mendapatkan penyanyi Indonesia, Hindia.

Suami kepada pelakon, Nabila Huda itu turut mengakui dia mengalami sedikit kesukaran untuk mendapatkan penyanyi terkenal itu susulan dari kesibukan dan jadualnya yang padat.

Advertisement

"Sudah tentu paling mencabar adalah untuk mendapatkan Hindia. Idea untuk Ultra Kalcer adalah untuk mendapatkan Hindia sebagai ‘headliner’, tapi semasa kami cuba mendapatkannya, mereka agak sibuk dengan persembahan dan festival di Indonesia, jadi komunikasi antara kami agak susah juga.

"Hindia juga baru-baru ini ada buat persembahan solo di Megastar Arena, tetapi kami tak sempat berjumpa kerana dia sibuk.

"Selepas itu, bila mereka sudah pulang ke Indonesia, kami cuba berhubung semula dengan dia.

Advertisement

"Alhamdulillah dia adalah penyanyi terakhir yang kami berjaya dapatkan untuk Ultra Kalcer ini yang mana pengesahan dibuat bersama Hindia berlaku, minggu lalu," katanya kepada Gempak.

Mohd Izwan berkata demikian ketika majlis sidang media Ultra Kalcer Malaysia 2026 di The Volume, Kuala Lumpur pada khamis.

Dalam pada itu, Mohd Izwan turut berkata pada awalnya dia hampir berputus asa untuk mendapatkan Hindia sebelum kelab peminat penyanyi itu membantu mereka untuk memujuk penyanyi tersebut.

"Sebenarnya kami sudah pasrah apabila tak berjaya dapatkan Hindia. Namun, saya bersyukur juga dengan bantuan kelab peminat Hindia di Malaysia, iaitu Team Hindia Malaysia kerana memujuk pihaknya untuk bersama-sama dalam festival ini,"ujarnya.

Mengulas lanjut, Mohd Izwan berkata kelainan yang ditampilkan menerusi festival itu adalah dia memilih penyanyi dan kumpulan band yang berbeza dari festival lain agar mempunyai variasi yang tersendiri.

"Kalau kita lihat daripada senarai artis yang membuat persembahan, ada kelainan daripada festival lain.

" Mungkin ada beberapa artis sahaja yang sama, malah sepanjang buat perancangan ini, memang kami pilih artis yang berbeza supaya dapat memberi warna berbeza kepada festival nanti.

"Kalau tengok kebanyakan festival akan ambil kumpulan sama terutama nama besar di Malaysia, tetapi kami cuba cari kelainan supaya tidak berulang dengan mana-mana festival lain," katanya lagi.

Ultra Kalcer Malaysia 2026 bakal berlangsung di KL Festival Park pada 7 dan 8 November ini.

Jualan tiket telah dijual sejak 4 September lalu dan boleh didapati menerusi laman sessawang www.bbo.events.com.

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Baju Pagoda Eagle King T-Shirt Inner Cotton/ Berpoket Berzip/ Singlet Round Neck Plain

Baju Pagoda Eagle King T-Shirt Inner Cotton/ Berpoket Berzip/ Singlet Round Neck Plain

[New set collection] hot trend t-shirt models Mixed with umi welded flared pants with hacked shape

[New set collection] hot trend t-shirt models Mixed with umi welded flared pants with hacked shape

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

Vacuum Sealer Bag Embossed/Vacuum Bag for food/Vacuum Packaging Bag Vacuum SealerFood/food vacuum bag/真空包装袋/纹路真空袋foodbag

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Must Watch Video

Advertisement