Skip to main content

Antarabangsa

Berlumuran Darah, Pesawat Menjunam 14,000 Kaki Dalam 30 Saat! Juruterbang Nekad Selamatkan 174 Nyawa

Berlumuran Darah, Pesawat Menjunam 14,000 Kaki Dalam 30 Saat! Juruterbang Nekad Selamatkan 174 Nyawa

Sekilas

  • Kapten Smit Machchhar cedera parah selepas ditikam pembantu juruterbang dalam penerbangan flydubai dari Dubai ke Tel Aviv.
  • Pesawat menjunam hampir 14,000 kaki dalam masa kurang 30 saat sebelum berjaya mendarat cemas di Tabuk, Arab Saudi.
  • Machchhar kini menerima rawatan di Abu Dhabi dan yakin akan pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan trauma dialaminya.
Advertisement

“Saya tak boleh biar sesiapa mati.”

Itu yang bermain dalam fikiran Kapten Smit Machchhar ketika berlumuran darah selepas ditikam pembantu juruterbangnya sendiri dalam penerbangan flydubai FZ1073 dari Dubai ke Tel Aviv.

Advertisement

Dalam kejadian pada 30 September lalu, pesawat berkenaan dilaporkan menjunam hampir 14,000 kaki dalam tempoh kurang 30 saat ketika Machchhar berada dalam keadaan cedera di lantai kokpit. 

Mengimbas detik mencemaskan itu, Machchhar berkata pengalaman selama 17 tahun sebagai juruterbang membuatkannya sedar pesawat sedang menuju keadaan berbahaya.

Walaupun mengalami kecederaan parah, dia mengumpulkan tenaga untuk merangkak ke arah pintu kokpit dan membuka kuncinya.

Advertisement

Tindakan itu membolehkan kru serta penumpang memasuki kokpit dan menumpaskan pembantu juruterbang terbabit sebelum pasangan juruterbang kedua mengambil alih kawalan pesawat.

Pesawat kemudiannya berjaya melakukan pendaratan cemas di Tabuk, Arab Saudi. 

“Saya tak boleh biar sesiapa mati,” katanya ketika menceritakan kejadian tersebut menerusi panggilan video bersama Perdana Menteri India, Narendra Modi.

Machchhar yang kini menerima rawatan di sebuah hospital di Abu Dhabi turut yakin mampu pulih sepenuhnya daripada kecederaan dan trauma dialaminya.

“Saya tidak menganggap kecederaan ini seperti luka biasa kerana pemikiran begitu akan membantutkan proses pemulihan saya.

“Saya melihat kecederaan ini sebagai satu perjalanan yang akan beransur pulih dan mengambil masa, namun saya amat yakin proses penyembuhan ini akan berlaku dan saya akan kembali sihat sepenuhnya,” katanya.

Sumber: Astro AWANI

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement