Skip to main content

Berita

Bertengkar Kerana Tak Sediakan Kari Ayam, Isteri B*nuh Suami Guna Sabit

WhatsApp Image 2026 05 01 at 12.24.40 PM
Advertisement

Seorang lelaki berusia 28 tahun maut selepas dipercayai diserang isterinya menggunakan sabit dalam pertengkaran rumah tangga berkaitan hidangan makan malam di Kamareddy.

Kejadian berlaku sekitar jam 9 malam waktu tempatan pada Sabtu, apabila mangsa, Kodandam Shivaji, bertengkar dengan isterinya, Laxmi, selepas wanita itu tidak menyediakan kari ayam seperti dimintanya.

Advertisement

Pertengkaran pada awalnya dileraikan oleh ahli keluarga, namun kembali memuncak selepas mereka beredar.

Menurut polis, Laxmi kemudian mengambil sabit dan menyerang leher suaminya hingga mangsa rebah serta meninggal dunia akibat pendarahan teruk.

Menurut ahli keluarga, pasangan tersebut sering bertengkar mengenai hal rumah tangga, namun beberapa kali telah didamaikan oleh pihak keluarga sebelum ini.

Advertisement

Pasangan itu telah berkahwin enam tahun dan mempunyai dua anak. Laxmi kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement